Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 17 (a) Setiap pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua perkakasan ICT di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna; (b) Semua perkakasan hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan; (c) Setiap pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan perkakasan ICT di bawah kawalannya; (d) Setiap pengguna tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan; (e) Semua peralatan yang digunakan secara berterusan mestilah diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan yang sesuai; (f) Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian tambahan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT; (g) Peralatan ICT yang hilang hendaklah dilaporkan kepada ICTSO dan Pegawai Aset dengan segera; (h) Pengendalian peralatan ICT hendaklah mematuhi dan merujuk kepada peraturan semasa yang berkuatkuasa; (i) Peralatan ICT yang hendak dibawa keluar dari MATRADE perlulah direkodkan bagi tujuan pemantauan; dan (j) Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer peribadi sentiasa aktif ( activated ) dan dikemaskini di samping melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan. 050202 Sistem Dokumentasi dan Dokumen Bagi memastikan integriti maklumat, langkah-langkah pengurusan sistem dokumentasi dan dokumen yang baik dan selamat seperti berikut hendaklah dipatuhi: (a) memastikan sistem dokumentasi atau dokumen-dokumen rasmi disimpan dengan selamat; Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0