Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 18 (b) menggunakan tanda atau label keselamatan seperti Rahsia Besar, Rahsia, Sulit, Terhad dan Terbuka kepada dokumen terperingkat; (c) menggunakan penyulitan ( encryption ) ke atas dokumen terperingkat yang disediakan dan dihantar secara elektronik; (d) pergerakan fail dan dokumen terperingkat hendaklah direkodkan dan perlulah mengikut Arahan Keselamatan : Keselamatan Dokumen di Para I Pengurusan Dokumen Terperingkat; (e) kehilangan dan kerosakan ke atas semua jenis dokumen perlu dimaklumkan mengikut prosedur Arahan Keselamatan; dan (f) memastikan dokumen yang mengandungi bahan atau maklumat sensitif diambil segera dari pencetak, pengimbas, mesin faksimile dan mesin photostat. 050203 Media Storan Keselamatan media storan perlu diberi perhatian khusus kerana ianya berupaya menyimpan maklumat yang besar. Langkah- langkah pencegahan seperti berikut hendaklah diambil untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat yang disimpan dalam media storan termasuk media storan mudah alih seperti komputer riba, tablet, telefon pintar, kamera digital, thumb drive , external hard disk , disket, cakera padat (CD dan DVD), memory card dan pita magnetik: (a) mewujudkan kaedah atau prosedur kawalan penggunaan dan pelupusan media storan; (b) media storan yang diperolehi adalah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja; (c) setiap media storan perlulah dilabelkan untuk memudahkan pengecaman hak milik; (d) media storan yang mengandungi maklumat terperingkat atau sensitif hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan dilindungi pada setiap masa. Bagi fail yang diklasifikasikan sebagai Rahsia/Sulit, pengguna hendaklah membuat penyulitan ( encryption ) dengan cara Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0