Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 19 mewujudkan kata laluan bagi fail-fail tersebut atau menyimpan fail-fail tersebut di dalam folder yang disulitkan ( encrypted ); (a) pengguna dilarang membawa keluar atau memberi media storan yang mengandungi maklumat rahsia rasmi kepada orang lain untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran rahsia; (b) pengguna dikehendaki memulangkan semula media storan kepada pihak pengurusan MATRADE sekiranya bertukar atau berpindah; (c) pergerakan media storan hendaklah direkodkan; (d) sebarang kehilangan media storan yang berlaku hendaklah dilaporkan mengikut Perkara 040201 Pelaporan Insiden. 050204 Perkhidmatan Pengkomputeran Awan ( Public Cloud ) (a) Penggunaan perkhidmatan Public Cloud seperti public cloud emel, storage, virtual conference and instant messaging untuk penyimpanan, perkongsian maklumat, pemprosesan data dan sebagainya bagi tujuan rahsia rasmi tidak dibenarkan sama sekali. (b) Penggunaan Public Cloud untuk maklumat terbuka hendaklah diputuskan dari talian selepas digunakan. (c) Penggunaan Public Cloud Storage hanya dibenarkan untuk memuat turun maklumat yang dikongsi oleh pengguna luar melalui Public Cloud Storage. (d) Elak daripada menggunakan perkhidmatan berkaitan Public Cloud yang mempunyai reputasi tidak selamat. Semua 050205 Cloud Storage MATRADE ( On-Premise ) (a) Cloud Storage MATRADE hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja dan tidak dibenarkan untuk tujuan peribadi; (b) Dokumen/maklumat rasmi bertaraf terperingkat Rahsia dan Rahsia Besar tidak dibenarkan disimpan atau dikongsi menggunakan kemudahan ini; (c) Dokumen/maklumat rasmi bertaraf terperingkat Terhad dan Sulit perlu dilindungi sekurang-kurangnya dengan kata laluan sekiranya disimpan di dalam storan ini; Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0