Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 20 (d) Pengguna perlu menggunakan katalaluan yang kukuh semasa membuat perkongsian dokumen; (e) Sebarang dokumen yang mempunyai risiko keselamatan di dalam format executable seperti .exe, .dll dan .bin adalah tidak dibenarkan dimuatnaik ke storan ini; (f) Pengguna perlu bertangungjawab sepenuhnya ke atas penyimpanan, penggunaan dan perkongsian dokumen di dalam Cloud Storage MATRADE; dan (g) Pengguna bertanggungjawab untuk membuat salinan dokumen yang disimpan di dalam Cloud Storage MATRADE ke medium lain seperti PC / Notebook dan external disk . 050206 Kabel Kabel komputer hendaklah dilindung kerana boleh menjadi punca kepada pendedahan maklumat. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut : (a) Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan; (b) Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau tidak disengajakan; (c) Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kerosakan dan wiretapping ; (d) Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah melalui trunking bagi memastikan keselamatan kabel daripada kerosakan dan pintasan maklumat. ICTSO dan Pentadbir Sistem ICT 050207 Penyelenggaraan Perkakasan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kebolehsediaan dan integriti. (a) Semua perkakasan yang diselenggarakan hendaklah mematuhi spesifikasi pengeluar yang telah ditetapkan; (b) Perkakasan hanya boleh diselenggarakan oleh kakitangan atau pihak yang dibenarkan sahaja; (c) Semua perkakasan hendaklah disemak dan diuji sebelum dan selepas proses penyelenggaraan dilakukan; dan Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0