Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 21 (d) Pihak pengguna yang terjejas perlu dimaklumkan sebelum melaksanakan penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan atau atas keperluan. 050208 Peminjaman Perkakasan Untuk Kegunaan Di Luar Pejabat Perkakasan yang dipinjam untuk kegunaan di luar pejabat adalah terdedah kepada pelbagai risiko. Aktiviti peminjaman dan pemulangan perkakasan ICT mestilah direkodkan dan mengikut Peraturan-peraturan Perakaunan & Kewangan MATRADE untuk menjamin keselamatan perkakasan. Dokumen perlulah dipadam sepenuhnya sebelum pemulangan perkakasan dibuat. Semua Pengguna 050209 Peralatan di Luar Premis Bagi perkakasan yang dibawa keluar dari premis MATRADE, langkah-langkah keselamatan hendaklah diadakan dengan mengambil kira risiko yang wujud di luar kawalan MATRADE: (a) Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan (b) Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian. Semua 050210 Pelupusan Perkakasan dan dokumen yang hendak dilupuskan perlu melalui proses pelupusan semasa. Pelupusan perkakasan dan dokumen ICT perlu dilakukan secara terkawal dan lengkap supaya maklumat tidak terlepas dari kawalan MATRADE: (a) Semua kandungan peralatan ICT termasuk maklumat rahsia rasmi hendaklah dihapuskan terlebih dahulu sebelum dilupuskan; (b) Sekiranya maklumat perlu disimpan, maka pengguna bolehlah membuat pemindahan ke medium lain; (c) Pelupusan perkakasan (bukan aset) dan dokumen hendaklah dihapuskan dengan teratur dan selamat mengikut prosedur keselamatan seperti mana Arahan Keselamatan, Arahan Teknologi Maklumat 2007 dan Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0