Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 22 tatacara Jabatan Arkib Negara samada melalui shredding , grinding , degauzing , pembakaran atau lain-lain kaedah yang bersesuaian; (d) Maklumat lanjut pelupusan bolehlah merujuk kepada Tatacara Pengurusan Aset Alih MATRADE. 050211 Clear Desk dan Clear Screen Semua maklumat dalam apa jua bentuk media hendaklah disimpan dengan teratur dan selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Clear Desk bermaksud tidak meninggalkan bahan-bahan yang sensitif terdedah sama ada atas meja atau di paparan skrin: (a) Gunakan kemudahan password screen saver atau log keluar apabila meninggalkan komputer termasuk komputer gunasama; (b) Bahan-bahan sensitif hendaklah disimpan dalam laci atau kabinet fail yang berkunci. Semua 0503 Keselamatan Persekitaran Objektif: Melindungi aset ICT MATRADE dari sebarang bentuk ancaman persekitaran yang disebabkan oleh bencana alam, kesilapan, kecuaian atau kemalangan . 050301 Kawalan Persekitaran Bagi menghindarkan kerosakan dan gangguan terhadap aset ICT dan menjamin keselamatan persekitaran, langkah-langkah berikut hendaklah diambil : (a) Merancang dan menyediakan pelan keseluruhan susun atur pusat data, bilik percetakan, peralatan komputer dan ruang atur pejabat dan sebagainya dengan teliti; (b) Semua ruang pejabat khususnya kawasan yang mempunyai kemudahan ICT hendaklah dilengkapi dengan perlindungan keselamatan yang mencukupi dan dibenarkan, seperti alat pencegah kebakaran dan pintu kecemasan; Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0