Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 27 060401 Backup Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah berlakunya bencana atau insiden keselamatan, salinan backup seperti yang dibutirkan hendaklah dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan: (a) Salinan backup hendaklah direkodkan dan disimpan di lokasi berlainan dan selamat; (b) Membuat salinan keselamatan ke atas semua sistem perisian dan aplikasi sekurang-kurangnya sekali atau setelah mendapat versi terbaru; (c) Membuat salinan backup ke atas semua data dan maklumat mengikut keperluan operasi. Kekerapan backup bergantung pada tahap kritikal maklumat; (d) Menguji sistem backup sedia ada bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan; Pentadbir Sistem ICT 060402 Sistem Log (a) Mewujudkan sistem log bagi merekodkan semua aktiviti harian pengguna. (b) Menyemak sistem log secara berkala bagi mengesan ralat yang menyebabkan gangguan kepada sistem dan mengambil tindakan membaik pulih dengan segera; dan (c) Sekiranya wujud aktiviti-aktiviti tidak sah seperti kecurian maklumat, pencerobohan atau penyalahgunaan, hendaklah dilaporkan dengan segera kepada ICTSO. Pentadbir Sistem ICT 0605 Pengurusan Rangkaian Objektif: Melindungi maklumat dalam rangkaian dan infrastruktur sokongan. 060501 Kawalan Infrastruktur Rangkaian Infrastruktur Rangkaian mestilah dikawal dan diuruskan sebaik mungkin demi melindungi ancaman kepada sistem dan aplikasi di dalam rangkaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0