Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 29 (c) Kawalan penggunaan MAC Address; (d) Pengukuhan struktur rangkaian setempat boleh dilaksanakan seperti berikut: i. merekabentuk sistem rangkaian setempat supaya akses menerusi wireless access point (AP) perlu melalui tapisan keselamatan yang sewajarnya. Borang Pendaftaran Wireless adalah seperti Lampiran 3 ; dan ii. merekabentuk kawalan capaian menggunakan pengenalan pengguna ( user authentication ) melalui penggunaan Radius Server. 0606 Keselamatan Komunikasi Objektif: Melindungi aset ICT melalui sistem komunikasi yang selamat. 060601 Internet (a) Kemudahan Internet hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja; (b) Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja; (c) Bahan yang diperoleh dari Internet hendaklah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah dinyatakan; (d) Bahan rasmi hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Pengarah Kanan atau Pengarah bahagian berkenaan sebelum dimuat naik ke Internet; (e) Semua pengguna adalah dilarang melakukan aktiviti- aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet seperti: i. Melawat laman web yang tidak beretika seperti laman web lucah atau setaraf dengannya. ii. Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen. iii. Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0