Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 30 sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan individu, organisasi atau Kerajaan. iv. Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video, lagu dan perjudian. v. Melakukan sebarang aktiviti yang mengganggu sistem rangkaian MATRADE. (f) Maklumat lanjut mengenai keselamatan Internet bolehlah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Pa nduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi- agensi Kerajaan”. 060602 Mel Elektronik (a) Akaun atau alamat mel elektronik (e-mel) yang diperuntukkan oleh MATRADE sahaja boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang; (b) Memastikan subjek dan kandungan e-mel adalah berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran dilakukan; (c) Penghantaran e-mel rasmi hendaklah menggunakan akaun e-mel rasmi dan pastikan alamat e-mel penerima adalah betul; (d) Pengguna hendaklah mengelak dari membuka e-mel daripada penghantar yang tidak diketahui atau diragui; (e) Pengguna hendaklah mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan transaksi maklumat melalui e-mel; (f) Setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah difailkan mengikut tatacara pengurusan sistem fail MATRADE dan Bahagian masing-masing; (g) E-mel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan; Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0