Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 31 (h) Pengguna hendaklah menentukan tarikh dan masa sistem komputer adalah tepat; (i) Dilarang menghantar dan menyimpan e-mel yang mempunyai unsur-unsur politik, hasutan, perkauman, ancaman, bahan-bahan lucah dan sebarang maklumat yang tiada hubungkait dengan tugas dan tanggungjawab, yang mana kesannya boleh memudaratkan nama baik MATRADE, Perkhidmatan Awam dan negara; (j) Penghantaran maklumat terperingkat bertaraf RAHSIA BESAR atau RAHSIA melalui e-mel adalah tidak dibenarkan. Penghantaran maklumat terperingkat SULIT atau TERHAD perlu menggunakan kaedah encryption atau kepilan fail yang mempunyai katalaluan. Katalaluan hendaklah dihantar kepada penerima secara berasingan, sebaik- baiknya menggunakan medium yang berbeza; (k) Penghantaran maklumat antara ibu pejabat dengan pejabat cawangan atau pejabat luar negara digalakkan menggunakan kaedah encryption ; (l) Dilarang melanggan kepada mana-mana mailing list atau e-group yang tiada kaitan dengan tugas dengan menggunakan akaun e-mel; (m) Penghantaran e-mel berserta kepilan ( attachment ) telah dihadkan kepada maksimum 10 MB sahaja; (n) Penghantaran maklumat rasmi melalui free web-based mail (seperti e-mel Hotmail atau Yahoo!) adalah dilarang melainkan atas sebab-sebab tertentu yang dibenarkan; (o) Segala akaun e-mel yang diberi bukan hak persendirian. Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) atau Pentadbir E-mel berhak mengakses e-mel individu dan mendedahkan maklumat kepada pihak-pihak yang tertentu atas sebab- sebab keselamatan atau undang-undang negara; (p) Tatacara penggunaan e-mel adalah berpandukan kepada ”MATRADE’ s E- mail Guideline”; dan (q) Maklumat lanjut mengenai keselamatan e-mel bolehlah merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan Mengenai
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0