Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 32 Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi- agensi Kerajaan” . 060603 Media Sosial Media sosial seperti blog, Facebook, Youtube, Instagram, Twitter dan WhatsApp menjadi rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat pada masa kini. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi semasa penggunaan media sosial adalah: (a) Mengenal pasti objektif utama penggunaan media sosial; (b) Memastikan sebarang bentuk maklumat yang dikongsi melalui media sosial tidak menjejaskan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara; (c) Tidak melibatkan penyebaran maklumat dan dokumen terperingkat; (d) Memastikan alamat emel dan kata laluan rasmi tidak digunakan dalam akaun peribadi media sosial; (e) Mengelakkan sama sekali daripada membenarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun penjawat awam; (f) Mengelakkan perkongsian maklumat peribadi daripada dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab; (g) Mengelakkan dari memuat turun aplikasi yang tidak diketahui tahap keselamatannya; (h) Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat samada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat atau melalui peralatan peribadi kecuali di kawasan yang dibenarkan seperti Business Information Centre (BIC); (i) Pegawai awam boleh menggunakan media sosial secara peribadi di luar waktu pejabat tetapi perlu berhati-hati supaya tidak mendedakan sebarang maklumat rasmi; Semua
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0