Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 35 bertanggungjawab ke atas akaun diperuntukkan kepadanya; dan (f) Pentadbir Sistem ICT boleh membeku dan menamatkan akaun pengguna atas sebab-sebab berikut; i. Pengguna bercuti panjang atau menghadiri kursus di luar pejabat dalam tempoh waktu melebihi 3 bulan; ii. Bertukar bidang tugas kerja; iii. Bertukar ke agensi lain; iv. Bersara; atau v. Ditamatkan perkhidmatan. (g) Menjaga kerahsiaan kata laluan bagi akaun yang diperuntukkan dan mengamalkan panduan berikut: i. Kata laluan perlu diingat dan tidak dimaklumkan kepada siapa sahaja. Ia tidak perlu disalin pada mana-mana media; ii. Memilih kata laluan yang mempunyai kombinasi nombor, huruf (kecil dan besar) serta simbol (contohnya: 03ma7Rad&); iii. Panjang kata laluan sekurang-kurangnya lapan huruf; iv. Menukar kata laluan setiap 6 bulan sekali (disyorkan 3 bulan sekali) atau selepas tempoh masa yang bersesuaian mengikut keperluan; v. Kata laluan hendaklah tidak dipaparkan semasa input, dalam laporan atau media lain dan tidak boleh dikodkan di dalam program; vi. Kata laluan hendaklah berlainan daripada pengenalan identiti pengguna; vii. Pengguna hendaklah menukar kata laluan apabila disyaki berlakunya kebocoran kata laluan atau dikompromi;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0