Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 37 (a) pengguna hanya boleh menggunakan sistem maklumat dan aplikasi yang dibenarkan mengikut tahap capaian dan sensitiviti maklumat yang telah ditentukan; (b) aktiviti capaian sistem maklumat dan aplikasi hendaklah direkodkan (log) bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini; (c) menghadkan capaian sistem dan aplikasi kepada tiga (3) kali percubaan. Sekiranya gagal, akaun atau kata laluan pengguna akan disekat dan untuk mengaktifkan akaun, pengguna perlu berhubung dengan IT Helpdesk; (d) logoff sistem aplikasi secara automatik apabila tiada aktiviti dalam tempoh tidak melebihi 30 minit atau mengikut sensitiviti data KECUALI dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh ICTSO ; dan (e) capaian sistem maklumat dan aplikasi melalui jarak jauh adalah terhad kepada perkhidmatan yang dibenarkan sahaja. 0704 Bring Your Own Device (BYOD) Objektif: Memastikan keselamatan maklumat semasa menggunakan peralatan BYOD di MATRADE. 070401 Keperluan dan Kawalan Penggunaan BYOD Penggunaan BYOD yang disambungkan kepada rangkaian MATRADE sama ada menyimpan atau mengakses maklumat rasmi Kerajaan adalah tertakluk kepada perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti berikut: (a) Pengguna yang menggunakan BYOD untuk mencapai maklumat rasmi hendaklah memohon kebenaran daripada Pengarah Kanan/ Pengarah Bahagian; (b) BYOD adalah dilarang daripada mencapai Maklumat Rahsia Rasmi dan dilarang sama sekali di bawa masuk ke Kawasan Larangan; (c) Pengguna perlu mengetahui risiko dan kesan penggunaan BYOD terhadap keselamatan maklumat; Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0