Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 42 PERKARA 09 PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN TANGGUNGJAWAB 0901 Dasar Kesinambungan Perkhidmatan Objektif : Menjamin operasi perkhidmatan agar tidak tergendala dan penyampaian perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan. 090101 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan ( Business Continuity Plan ) (a) Pelan kesinambungan perkhidmatan hendaklah dibangunkan untuk menentukan pendekatan yang menyeluruh diambil bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan MATRADE. (b) Senarai dokumen yang telah dibangunkan adalah seperti berikut: i. Corporate Business Continuity Plan (CBCP) ii. Emergency Response Plan (ERP) iii. Crisis Communication Plan (CCP) iv. IT Disaster Recovery Plan (ITDRP) v. Business Continuity Plan (BCP) vi. Incident Management Plan (for Regional/ TC Office) (c) Penilaian secara berkala hendaklah dilaksanakan untuk memastikan pelan tersebut bersesuaian dan memenuhi tujuan dibangunkan. CIO, Pengarah ICT, ICTSO 090102 Salinan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan ( Business Continuity Plan ) Salinan pelan BCM perlu disimpan di lokasi berasingan untuk mengelakkan kerosakan akibat bencana di lokasi utama. MATRADE hendaklah memastikan salinan pelan BCM sentiasa dikemaskini dan dilindungi seperti di lokasi utama. CIO, Pengarah ICT, ICTSO
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0