Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 44 PERKARA 10 PEMATUHAN TANGGUNGJAWAB 1001 Pematuhan dan Keperluan Perundangan Objektif: Meningkatkan tahap keselamatan ICT bagi mengelak dari pelanggaran kepada Dasar Keselamatan ICT MATRADE. 100101 Pematuhan Dasar Setiap pengguna di MATRADE hendaklah membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MATRADE dan undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Semua aset ICT di MATRADE termasuk maklumat yang disimpan di dalamnya adalah hak milik MATRADE dan Ketua Jabatan berhak untuk memantau aktiviti pengguna untuk mengesan penggunaan selain dari tujuan yang telah ditetapkan. Semua 100102 Kelangsungan Pematuhan Dasar Tanggungjawab setiap pengguna tidak akan terjejas walaupun tamat perkhidmatan dengan MATRADE. 100103 Keperluan Perundangan (a) Berikut adalah keperluan perundangan atau peraturan- peraturan lain berkaitan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna di MATRADE: (b) Arahan Keselamatan; (c) Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan”; (d) Malaysian Public Sector Management of Information and Communications Technology Security Handbook (MyMIS); (e) Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”; (f) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk “Garis Panduan Mengenai Tatacara Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0