Dasar Keselamatan ICT MATRADE
DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 46 DAFTAR ISTILAH Antivirus Perisian yang mengimbas virus pada media storan seperti disket, cakera padat, pita magnetik, optical disk , flash disk , CDROM, thumb drive untuk sebarang kemungkinan adanya virus. Aplikasi Merujuk kepada sistem berkomputer yang dibangunkan seperti MATRADE ONLINE atau diperoleh secara ready-made seperti Asset Management System (AMS) dan SAGA. Aset ICT Merangkumi perkakasan, perisian, perkhidmatan sokongan ICT, data atau maklumat dan sumber manusia. Backup Proses penduaan sesuatu dokumen atau maklumat. Dasar Adalah polisi, iaitu rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan. Dokumentasi Semua himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen yang disimpan dalam bentuk media cetak, soft copy , elektronik, online , transparensi, risalah atau slaid. GCERT Government Computer Emergency Response Team atau Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan. Organisasi yang ditubuhkan untuk membantu agensi mengurus pengendalian insiden keselamatan ICT di agensi masing-masing dan agensi di bawah kawalannya. Insiden Keselamatan Musibah yang berlaku terhadap sistem maklumat dan komunikasi atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Keselamatan Keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Media Storan Perkakasan yang berkaitan dengan penyimpanan data dan maklumat seperti komputer riba, tablet, telefon pintar, kamera digital, thumb drive , external hard disk , disket, cakera padat (CD dan DVD), memory card dan pita magnetik. Pangkalan Data Kumpulan fail atau rekod komputer yang berkait secara logik.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0