Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE 1 PENGENALAN Dasar Keselamatan ICT ini mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) MATRADE. Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di MATRADE mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT MATRADE. OBJEKTIF Dasar keselamatan ICT MATRADE diwujudkan untuk (a) melindungi aset ICT yang terdiri daripada perkakasan, perisian, data dan maklumat daripada ancaman keselamatan seperti kecurian, penyalahgunaan, pencerobohan, pengubahan yang tidak sah dan gangguan sistem; (b) menjamin kesinambungan urusan MATRADE dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. SKOP Dasar ini meliputi semua sumber atau aset ICT yang digunakan seperti: (a) maklumat (contoh: fail, dokumen, pangkalan data, maklumat pengenalan peribadi); (b) perisian (contoh: aplikasi dan sistem perisian) dan (c) fizikal (contoh: komputer, peralatan komunikasi dan media storan). (d) manusia Dasar ini adalah terpakai oleh semua pengguna di MATRADE termasuk kakitangan, pembekal dan pakar runding yang mengurus, menyelenggara, memproses, mencapai, memuat turun, menyedia, memuat naik, berkongsi, menyimpan dan menggunakan aset ICT MATRADE.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0