DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 21 aset ICT berdasarkan perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh MATRADE; (b) Memastikan program kesedaran dan yang berkaitan mengenai pengurusan keselamatan aset ICT diberi kepada pengguna ICT MATRADE secara berterusan dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka, dan sekiranya perlu diberi kepada pihak ketiga yang berkepentingan dari semasa ke semasa; (c) Memastikan adanya proses tindakan disiplin dan/atau undang-undang ke atas pegawai dan kakitangan MATRADE serta pihak ketiga yang berkepentingan sekiranya berlaku perlanggaran dengan perundangan dan peraturan ditetapkan oleh MATRADE; (d) Memantapkan pengetahuan berkaitan dengan penggunaan aset ICT bagi memastikan setiap kemudahan ICT digunakan dengan cara dan kaedah yang betul demi menjamin kepentingan keselamatan ICT. Sebarang kursus dan latihan teknikal yang diperlukan boleh dirujuk kepada unit yang berkaitan; dan (e) Pekerja sementara juga tertakluk kepada syarat-syarat (a) – (d) dan sebarang syarat lain yang ditetapkan. 040103 Bertukar atau Tamat Perkhidmatan Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: (a) Memastikan semua aset ICT dikembalikan kepada MATRADE mengikut peraturan dan/atau terma perkhidmatan yang ditetapkan; (b) Membatalkan atau menarik balik semua kebenaran capaian ke atas maklumat dan kemudahan proses maklumat merujuk kepada peraturan yang ditetapkan oleh MATRADE dan / atau terma perkhidmatan; dan (c) Pekerja sementara juga tertakluk kepada syarat-syarat (a) – (b) dan sebarang syarat lain yang ditetapkan. Semua
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0