Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 45 (a) Skop tugas dan tanggungjawab perlu diasingkan bagi mengurangkan peluang berlaku penyalahgunaan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan ke atas aset ICT; (b) Tugas mewujud, memadam, mengemas kini, mengubah dan mengesahkan data hendaklah dilakukan oleh pegawai yang berlainan bagi mengelakkan daripada capaian yang tidak dibenarkan serta melindungi aset ICT daripada kesilapan, kebocoran maklumat terperingkat atau dimanipulasi; dan (c) Perkakasan dan rangkaian yang digunakan bagi tugas membangun, mengemaskini dan menguji aplikasi hendaklah diasingkan daripada perkakasan dan rangkaian yang digunakan di dalam persekitaran pembangunan dan pengujian; peringkat (staging) dan produksi. 0802 Perancangan dan Penerimaan Sistem Meminimumkan risiko yang menyebabkan gangguan atau kegagalan sistem. 080201 Perancangan Kapasiti (a) Kapasiti sesuatu komponen atau sistem ICT hendaklah dirancang, diurus dan dikawal dengan teliti oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi memastikan keperluannya adalah mencukupi dan bersesuaian untuk pembangunan dan kegunaan sistem ICT pada masa akan datang; dan (b) Keperluan kapasiti ini juga perlu mengambil kira ciri-ciri keselamatan ICT bagi meminimumkan risiko seperti gangguan pada perkhidmatan dan kerugian akibat pengubahsuaian yang tidak dirancang. Pentadbir Sistem ICT 080202 Penerimaan Sistem Semua sistem baru (termasuklah sistem yang dikemas kini atau diubahsuai) hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum diterima atau dipersetujui. Pentadbir Sistem ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0