Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 60 (a) maklumat yang terlibat dalam e-dagang perlu dilindungi daripada aktiviti penipuan, pertikaian kontrak dan pendedahan serta pengubahsuaian yang tidak dibenarkan; (b) maklumat yang terlibat dalam transaksi dalam talian (online) perlu dilindungi bagi mengelak penghantaran yang tidak lengkap, salah destinasi, pengubahsuaian, pendedahan, duplikasi atau pengulangan mesej yang tidak dibenarkan; dan (c) integriti maklumat yang disediakan untuk sistem yang boleh dicapai oleh orang awam atau pihak lain yang berkepentingan hendaklah dilindungi untuk mencegah sebarang pindaan yang tidak diperakukan. 1007 Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Menerangkan perkara yang perlu dipatuhi dalam membangunkan aplikasi mudah alih. Pentadbir Sistem ICT 100701 Prosedur Integrasi Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Pembangunan aplikasi mudah alih yang melibatkan integrasi dengan sistem induk hendaklah menggunakan Application Programming Interface (API) atau lain-lain kaedah yang bersesuaian yang tidak memberi risiko ancaman keselamatan. Pentadbir Sistem ICT PERKARA 11 HUBUNGAN PEMBEKAL TANGGUNGJAWAB Objektif: Memastikan aset ICT MATRADE yang boleh dicapai oleh pembekal dilindungi. Semua pembekal adalah tertakluk kepada Dasar Keselamatan Kerajaan yang berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0