Dasar Keselamatan ICT MATRADE

DASAR KESELAMATAN ICT MATRADE VERSI: 2.3 69 PERKARA 14 PEMATUHAN TANGGUNGJAWAB Objektif: Meningkatkan tahap keselamatan ICT bagi mengelak daripada pelanggaran kepada Dasar Keselamatan ICT MATRADE. 1401 Pematuhan Dasar Setiap pengguna di MATRADE hendaklah membaca, memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT MATRADE dan undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Semua aset ICT di MATRADE termasuk maklumat yang disimpan di dalamnya adalah hak milik MATRADE dan Ketua Jabatan berhak untuk memantau aktiviti pengguna untuk mengesan penggunaan selain daripada tujuan yang telah ditetapkan. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) semua perlembagaan, undang-undang, peraturan, perjanjian yang dimeterai dan lain-lain perkara yang relevan kepada keselamatan sistem maklumat dan organisasi hendaklah dikenal pasti, didokumentasikan dan dikemaskini; (b) peraturan yang sesuai dilaksanakan untuk pematuhan ke atas perlembagaan, undang-undang dan keperluan perjanjian mengenai penggunaan material yang tertakluk kepada hak milik harta intelek; (c) rekod penting hendaklah dilindungi daripada hilang, rosak dan dipalsukan selaras dengan keperluan undangundang, peraturan dan keperluan perjanjian MATRADE; (d) perlindungan ke atas data dan maklumat privasi hendaklah mematuhi perundangan, peraturan dan terma perjanjian jika perlu; (e) penyalahgunaan pemprosesan maklumat adalah tidak dibenarkan; dan (f) penggunaan kriptografi dikawal selaras dengan perjanjian, perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa. Semua

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0