PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) Apa itu FTA Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) ialah perjanjian antara dua atau lebih negara, di mana negara yang terlibat diberi akses keutamaan dalam pasaran. Setiap negara rakan FTA menawarkan insentif atau kelonggaran kepada satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perdagangan serta kerjasama ekonomi. Mengapa FTA Penting Perjanjian FTA merangkumi bidang: • Mendapatkan akses kepada pasaran yang lebih besar • Memudahkan dan menggalakkan perdagangan, pelaburan dan seterusnya merangsang kerjasama ekonomi • Meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia • Membangunkan keupayaan industri tempatan melalui kerjasama teknikal • kemudahan perdagangan • pelaburan • perlindungan harta intelek (Intellectual Property Right - IPR) • polisi persaingan perdagangan • kerjasama ekonomi yang berkaitan FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat layanan istimewa dan akses kepada pasaran yang lebih besar. Pengeksport Malaysia juga akan menikmati penjimatan kos daripada penghapusan atau pengurangan duti kastam serta memudahkan urusan perdagangan dengan liberalisasi syaratsyarat prosedur kastam yang ketat. Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai sektor perkhidmatan komersial dan profesional dari Malaysia. FTA turut memudahkan para pelabur Malaysia untuk melabur di negara rakan FTA.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0