PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4

9 Panduan Asas Mengeksport Kekuatan (Strengths) • Sumber syarikat yang kukuh • Potensi produk yang tinggi • Koordinasi 4P dan 4C yang selaras untuk membangunkan strategi pemasaran Nota: 4P: Harga, Produk, Promosi dan Tempat (Price, Product, Promotion and Place) 4C: Pengguna, Kos, Komunikasi dan Kemudahan (Consumer, Cost, Communication and Convenience) Kelemahan (Weaknesses) • Potensi/kualiti produk yang rendah • Akses pasaran yang sukar dan • Bajet pengiklanan dan promosi (A & P) yang tidak mencukupi Peluang (Opportunities) • MATRADE dan organisasi-organisasi pengalak industri lain bertindak sebagai pendorong • Syarat eksport Malaysia adalah mudah dan mesra pengguna • Insentif yang diberikan oleh kerajaan (dalam dan luar negara) • Memanfaatkan FTA Ancaman (Threats) • Persaingan daripada negara yang mana pengeluarannya dibuat dengan kos yang lebih rendah • Halangan Bukan Tarif • Piawaian dan syarat yang ketat • Kelemahan teknologi berbanding negara lain 3.2.3 Analisis PESTLE Analisis PESTLE adalah analisa persekitaran makro untuk lebih memahami pasaran yang disasarkan. • Faktor Politik (Political) Memahami keadaan politik negara pengimport seperti kestabilan politiknya, dasar-dasar kerajaan dan sistem cukai. • Faktor Ekonomi (Economic) Mengetahui akan petunjuk ekonomi utama seperti KDNK, kadar faedah, kadar inflasi, kadar pengangguran dan pariti kuasa beli. MEMBANGUNKAN PELAN EKSPORT ANDA BAB 3

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0