PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
1 0 Panduan Asas Mengeksport • Faktor Sosio-Budaya (Sosio-Cultural) Memahami faktor-faktor sosial, budaya dan agama seperti sikap dan persepsi pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan asing, perbezaan bahasa dan demografi. • Faktor Teknologi (Technological) Mempunyai kesedaran tentang tahap teknologi dan tahap aplikasi R & D, insentif dan kadar perkembangan teknologi negara pengimport. • Faktor Undang-Undang (Law) Memahami faktor undang-undang seperti undang-undang diskriminasi, undang-undang pengguna, undang-undang persaingan antitrust, undang-undang buruh serta undang-undang kesihatan dan keselamatan. • Faktor Persekitaran (Environment) Mempunyai kesedaran berkenaaan faktor-faktor persekitaran termasuk aspek-aspek ekologi dan alam sekitar seperti cuaca, iklim dan perubahan iklim. 3.2.4 Harga • Jika boleh, gunakanlah mata wang antarabangsa seperti USD, EURO dan RMB. • Memahami budaya tempatan boleh mempengaruhi rundingan harga. • Harga juga perlu mengambil kira perkara berikut: • Hasil kajian daripada penyelidikan pemasaran. • Kuantiti pesanan. • Segmen pasaran. • Pembezaan produk. 3.3 KAEDAH KEMASUKAN Terdapat 2 kaedah utama: • Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment – FDI) • Usahasama (Joint Venture (JV)) • Penggabungan dan Pengambilalihan (Mergers & Acquisition – M&A) • Anak syarikat milik penuh (Subsidiary) MEMBANGUNKAN PELAN EKSPORT ANDA BAB 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0