PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
1 2 Panduan Asas Mengeksport BAB 4 LOGISTIK DAN DOKUMENTASI EKSPORT INCOTERMS ialah singkatan bagi “International Commercial Terms” iaitu “Terma Perdagangan Antarabangsa”. Ia adalah peristilahan yang digunakan dalam kontrak jualan yang menyatakan syarat-syarat perkapalan bagi jualan barang- barang di seluruh dunia. INCOTERMS yang paling biasa digunakan termasuk EXW, FOB, CFR dan CIF. EXW ( Ex Works / Lepas Kilang ) Bermaksud penjual bertanggungjawab untuk memastikan barangan tersedia untuk pembeli di premis penjual atau tempat lain yang dinyatakan (seperti tempat kerja, kilang, gudang dan sebagainya). Penjual tidak perlu memuatkan barang- barang tersebut ke atas mana-mana kenderaan pengangkut. Penjual juga tidak perlu menangani urusan pelepasan kastam untuk eksport, bagi mana-mana yang berkaitan. FOB ( Free on Board / Percuma Atas Kapal ) Bermaksud penjual menghantar barang-barang ke atas kapal yang dipilih oleh pembeli di pelabuhan yang dinyatakan. Risiko kehilangan atau kerosakan menjadi tanggungjawab pembeli apabila barang-barang tersebut dimuatkan ke atas kapal, dan pembeli menanggung segala kos bermula saat itu dan seterusnya. CFR ( Cost and Freight / Kos dan Tambang Muatan ) Bermaksud penjual menghantar barang-barang ke atas kapal. Risiko kehilangan atau kerosakan menjadi tanggungjawab pembeli apabila barang-barang tersebut dimuatkan ke atas kapal. Penjual mesti bertanggungjawab untuk segala kos dan tambang muatan yang perlu untuk membawa barang-barang tersebut ke perlabuhan destinasi yang dinyatakan. CIF ( Cost, Insurance and Freight / Kos, Insurans dan Tambang Muatan ) Bermaksud penjual menghantar barang-barang ke atas kapal. Risiko kehilangan atau kerosakan menjadi tanggungjawab pembeli apabila barang-barang tersebut dimuatkan ke atas kapal. Penjual mesti bertanggungjawab untuk segala kos dan tambang pengangkutan yang perlu untuk membawa barang-barang tersebut ke perlabuhan destinasi yang dinyatakan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0