PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4

1 4 Panduan Asas Mengeksport 4.2 MENYEDIAKAN DOKUMENTASI EKSPORT Dokumen Perisytiharan Jenis Borang Penerangan Perisytiharan Eksport K2 Dokumen eksport yang seragam mengandungi maklumat pematuhan, pentadbiran dan perangkaan. Borang ini diperlukan oleh kerajaan apabila nilai kiriman melebihi amaun minimum tertentu atau apabila tuntutan balik duti dituntut. Dokumen ini dikeluarkan oleh ejen penghantaran. Lesen Eksport Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang memberi kelulusan kepada pengeksport untuk mengeksport barangan khusus ke negara- negara tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: MITI www.miti.gov.my > our services > approved permit > guidelines Kastam Diraja Malaysia www.customs.gov.my > procedure & guidelines > customs > licence application Dokumen Sokongan Jenis Borang Penerangan Invois Pro Forma Invois yang dikeluarkan oleh Pengeksport kepada Pengimport untuk bayaran ke atas barangan sebelum penghantaran dibuat. Dokumen ini adalah untuk: • Urusan Kastam • Bayaran pendahuluan (sebahagian atau sepenuhnya) LOGISTIK DAN DOKUMENTASI EKSPORT BAB 4

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0