PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
1 5 Panduan Asas Mengeksport Jenis Borang Penerangan Invois Komersial Dokumen yang menyatakan transaksi komersial antara pengeksport dan pengimport. Item utama yang dinyatakan di dalam dokumen ini termasuk: • Tarikh bil dan penghantaran • Nombor invois • Terma jualan,harga & kuantiti • Terma bayaran • Butir-butir penjual dan pembeli • Kaedah pengangkutan • Butiran pengangkutan • Deskripsi barangan Dokumen ini dikeluarkan oleh pengeksport supaya pengimport boleh membuat pembayaran. Bil Muatan (Bill of Lading) Bil Muatan lebih dikenali sebagai BL (Bill of Lading) . Ia adalah bil yang ditandatangani oleh, atau bagi pihak pengangkut. Ia dikeluarkan kepada pengirim (shipper) bagi mengesahkan bahawa barang-barang, seperti yang dinyatakan di dalamnya, telah diangkut dalam kapal tertentu dan menuju ke satu destinasi yang ditetapkan atau telah diterima dalam jagaan pemilik kapal untuk penghantaran. Butir-butir BL termasuk : • Sifat umum barang-barang tersebut • Jumlah bungkusan atau unit • Berat barang-barang atau kuantitinya • Keadaan barang-barang • Nama dan tempat pengangkut • Nama pengirim • Penerima (Consignee) jika dinyatakan oleh pengirim • Perlabuhan untuk memuatkan barang-barang dan perlabuhan untuk menurunkan barang- barang Dokumen ini dikeluarkan oleh ejen penghantaran kepada pengimport untuk pelepasan kastam di perlabuhan destinasi. LOGISTIK DAN DOKUMENTASI EKSPORT BAB 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0