PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
1 6 Panduan Asas Mengeksport Jenis Borang Penerangan Bil Udara (Airway Bill) Bil Udara adalah dokumen pengangkutan tak boleh niaga bagi pengangkutan kargo udara. Butiran termasuk: • Tempat dan tarikh pelaksanaannya • Tempat berlepas dan destinasi • Nama dan alamat pengirim • Nama dan alamat pengangkut pertama • Jenis barang • Jumlah bungkusan • Berat, kuantiti, isipadu, dimensi barang • Keadaan barang Dokumen ini dikeluarkan oleh ejen penghantaran kepada pengimport untuk pelepasan barangan Senarai Pembungkusan Dokumen yang menerangkan jenis dan kuantiti barangan semasa penghantaran tertentu. Dikeluarkan oleh pengeksport Sijil Tempasal (Certificate of Origin) Dokumen yang mengesahkan tempat pengilang atau tempat asal barangan yang dinyatakan dan diperlukan apabila duti keutamaan dituntut. Dokumen ini dikeluarkan oleh: Sijil Tempasal (Keutamaan) • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) MITI > our services > preferential CO Sijil Tempasal (Bukan Keutamaan) • Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) • Persatuan Perdagangan dan Industri • Dewan Perniagaan dan Perindustrian LOGISTIK DAN DOKUMENTASI EKSPORT BAB 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0