PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
1 7 Panduan Asas Mengeksport Jenis Borang Penerangan Dokumen Insurans Dokumen yang menyatakan perlindungan insurans bagi kiriman untuk melindungi kerugian atau kerosakan ke atas kargo semasa transit iaitu dalam bentuk polisi atau sijil. Dokumen ini dikeluarkan oleh syarikat insurans. Akta Perdagangan Strategik Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010 (Akta 708) adalah undang-undang yang mengawal eksport, penghantaran, transit dan pembrokeran barangan strategik dan teknologi, termasuk senjata dan bahan yang berkaitan, serta aktiviti- aktiviti yang akan atau boleh memudahkan reka bentuk, pembangunan, pengeluaran dan penghantaran senjata pemusnah besar- besaran. Akta ini adalah selaras dengan obligasi keselamatan nasional dan antarabangsa. Senarai Item strategik boleh dilihat di laman web MITI melalui pautan http:// www.miti.gov.my bawah STA 2010. Adalah menjadi tanggungjawab pengeksport untuk menentukan jika produk mereka disenaraikan sebagai barangan strategik dan harus mendapatkan permit sebelum mengekspot barangan tersebut. LOGISTIK DAN DOKUMENTASI EKSPORT BAB 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0