PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
1 9 Panduan Asas Mengeksport 5.1.2 Bayaran Pendahuluan Dalam kaedah pembayaran pendahuluan, pengeksport perlu menghantar barang setelah menerima pembayaran daripada pengimport. 5.1.3 Akaun Terbuka Dalam kaedah akaun terbuka, pengimport perlu membayar pengeksport setelah menerima barang. 5.1.4 Dokumen Terhadap Pembayaran (D/P) Dalam kes ini, dokumen akan dikeluarkan kepada pengimport hanya apabila pembayaran telah dilakukan. 5.1.5 Dokumen Terhadap Penerimaan (D/A) Pengeksport mengarah bank untuk memberi dokumen penghantaran dan hak milik kepada pengimport hanya jika pengimport bersetuju menerima “Bill of Exchange.” 5.1.6 Akaun Terbuka Transaksi akaun terbuka dalam perdagangan antarabangsa adalah penjualan di mana barang dihantar sebelum tamat tempoh pembayaran, iaitu dalam 30, 60, atau 90 hari. 5.1.7 Konsainan Konsainan adalah pengaturan di mana barang ditinggalkan dalam simpanan pihak ketiga yang dibenarkan untuk menjual. Kebiasaannya, pengirim akan menerima peratusan pendapatan daripada hasil penjualan (kadangkala dalam jumlah peratusan yang besar) dalam bentuk komisen. KEMUDAHAN UNTUK PEMBIAYAAN EKSPORT BAB 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0