PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4

2 0 Panduan Asas Mengeksport Kemudahan Penerangan ECR (Pembiayaan Semula Kredit Eksport) (Disediakan oleh bank-bank komersial yang mengambil bahagian) Menyediakan alternatif jangka pendek pembiayaan pra dan pasca penghantaran kepada pengeksport langsung / tidak langsung. Menggalakkan eksport barangan perkilangan Malaysia, produk pertanian dan komoditi utama. Pra-Penghantaran Memudahkan pengeluaran barangan yang layak untuk dieksport sebelum penghantaran dan menggalakkan hubungan antara pengeksport dan pembekal tempatan. Pasca Penghantaran Menghubungkan keperluan pembiayaan pengeksport dari penghantaran sehingga penerimaan pembayaran bil eksport. Kemudahan Kredit Pembekal (Disediakan oleh bank komersial dan EXIM Bank) Pembiayaan Pra-Penghantaran adalah modal kerja untuk pengeluaran barangan manakala Pasca Penghantaran membiayai bil eksport selepas penghantaran dibuat. Tujuan Untuk menggalakkan eksport barangan Malaysia melalui bantuan kewangan bagi pengeluaran barangan dan pendiskaunan bil eksport. Jaminan Bank (Disediakan oleh bank komersial dan EXIM Bank) Memudahkan penerbitan bon bagi kontrak luar negara yang diusahakan oleh kontraktor Malaysia dan juga bagi membolehkan pelabur Malaysia untuk mengumpul dana di luar negara. Tujuan Memudahkan keperluan mengeluarkan bon dan jaminan termasuk Tender/Bon Bida, Bon Prestasi, Bon Pendahuluan, Surat Kredit Tunggu Sedia (SBLC), dan lain-lain. KEMUDAHAN UNTUK PEMBIAYAAN EKSPORT BAB 5 5.2 KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERDAGANGAN 5.2.1 Pembiayaan Perdagangan Konvensional

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0