PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
2 1 Panduan Asas Mengeksport Kemudahan Penerangan Pembiayaan import (Disediakan oleh Exim Bank sahaja) Kemudahan kepada syarikat-syarikat milik atau dikawal oleh rakyat Malaysia yang berdagang dalam kedua-dua pasaran eksport dan domestik yang memerlukan barang- barang khusus siap atau barang perantara yang tidak tersedia di Malaysia. Contohnya, alat berteknologi tinggi, alat penentukuran, peralatan perubatan yang khusus (barang strategik). Tujuan Untuk membiayai import barangan atau perkhidmatan strategik yang tidak terdapat di negara ini tetapi dapat memberikan manfaat kepada daya saing produk negara. KEMUDAHAN UNTUK PEMBIAYAAN EKSPORT BAB 5 Kemudahan Insuran Untuk Menyokong Transaksi Perdagangan Kemudahan Penerangan Kemudahan Insurans Kredit Perdagangan (Disediakan oleh EXIM Bank) Menyediakan perlindungan untuk pengeksport yang mengeksport secara tetap kepada pengimport luar negara dengan kredit sehingga 180 hari. Polisi ini juga melindungi eksport langsung dari negara pembekal ke destinasi mereka tanpa melalui Malaysia (eksport negara ketiga) Polisi Spesifik (Disediakan oleh EXIM Bank sahaja) Polisi ini adalah satu bentuk insurans kredit yang menginsuranskan pengeksport Malaysia yang menjalankan kontrak untuk mengeksport barang modal, atau projek-projek turnkey , atau kerja-kerja pembinaan, atau memberikan khidmat di luar negara, ke atas risiko kegagalan pembayaran oleh pembeli luar negara. Surat Bank ke atas Polisi Kredit (Disediakan oleh bank-bank komersial yang mengambil bahagian) Ianya melindungi bank yang mengambil bahagian yang membuat rundingan ILC yang dikeluarkan oleh bank-bank luar negara ke atas kegagalan bank asing tersebut untuk membayar balik pembayaran kepada benefisiari (iaitu pengeksport Malaysia) di bawah ILC.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0