PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
2 2 Panduan Asas Mengeksport Kemudahan Penerangan Skim Pembiayaan Perdagangan Pelbagai Mata Wang (Disediakan oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian) Skim ini adalah kemudahan yang disediakan oleh institusi kewangan Malaysia yang mengambil bahagian kepada pengeksport PKS untuk membiayai aktiviti pengeluaran barangan dan/atau perkhidmatan yang diberikan ke atas Surat Kredit Tidak Boleh Mansuh yang dikeluarkan oleh bank-bank pengeluar di luar negara. Pra-Penghantaran • Pembelian dan/atau pembuatan dan/atau pemprosesan dan/ atau pembungkusan barangan. • Memberikan perkhidmatan. Pasca Penghantaran • Memudahkan eksport melalui pemberian diskaun/ pembelian/rundingan eksport Surat Kredit, Surat Kredit Tunggu Sedia atau lain-lain instrumen seumpamanya. • Memberikan perkhidmatan. Skim Pembiayaan Pengeksort Tidak Langsung (Disediakan oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian) Skim pembiayaan ini adalah untuk PKS yang juga pengeksport tidak langsung (penjual), di mana institusi kewangan yang mengambil bahagian mendiskaun dokumen komersial yang terbit daripada pembekalan barangan dan/atau perkhidmatan kepada pengeksport langsung (pembeli) dengan perlindungan disediakan oleh EXIM Bank untuk institusi kewangan yang mengambil bahagian. Insurans Pelaburan Luar Negara (Disediakan oleh EXIM Bank sahaja) Membantu untuk melindungi pelaburan anda dan seterusnya keuntungan anda terutamanya jika anda melihat kestabilan politik jangka panjang yang tidak menentu di negara tuan rumah. Jaminan Kredit Pembeli (Disediakan oleh bank komersial yang mengambil bahagian) Pengeksport Malaysia boleh membantu pembeli luar negara untuk mendapatkan pembiayaan jangka panjang dengan pemberi pinjaman menggunakan Jaminan Kredit Pembeli (Buyer Credit Guarantee, BCG). Dengan kemudahan ini, pengeksport Malaysia dibayar seolah- olah dia mempunyai kontrak tunai, manakala pembeli luar negara mempunyai masa untuk membayar kontrak melalui pembiayaan yang diperoleh daripada pemberi pinjaman, yang disokong oleh jaminan EXIM Bank. KEMUDAHAN UNTUK PEMBIAYAAN EKSPORT BAB 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0