PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
2 6 Panduan Asas Mengeksport Kemudahan Apa yang Surat Kredit-i (LC-i) boleh lakukan? Bila perlu menggunakan Surat Kredit-i (LC-i)? Surat Kredit-i (LC-i) Kelebihan: Anda boleh mengadakan rundingan yang lebih baik dengan rakan niaga kerana peningkatan kredit yang diperolehi daripada bank seperti jaminan bayaran daripada pihak bank. • Janji bertulis yang dikeluarkan oleh bank penjual atas permintaan pembeli untuk membayar sejumlah wang untuk dokumen yang dikemukakan kepada bank dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan mematuhi terma dokumen LC-i. • Apabila anda mengimport barangan dari negara luar kerana Surat Kredit-I (LC-i) ini akan meyakinkan penjual mengenai kaedah pembayaran anda. Di mana saya boleh memohon Surat Kredit-i (LC-i)? Kemudahan Apa yang Surat Kredit Tunggu Sedia-i boleh lakukan? Bila perlu menggunakan Surat Kredit Tunggu Sedia-i? Surat Kredit Tunggu Sedia-i Kelebihan: Anda boleh mendapatkan rundingan perdagangan yang lebih baik kerana disokong oleh janji daripada bank untuk membayar jumlah pembelian. • Janji bertulis daripada bank kepada penjual atas permintaan pembeli untuk membayar jumlah pembelian pada tarikh yang ditetapkan atau untuk menampung jumlah perdagangan jika berlaku kegagalan pada pihak pembeli. • Apabila anda membeli barang dari negara lain, anda boleh meminta bank anda untuk mengeluarkan ini kepada pihak yang terlibat kerana ia akan memberikan kepastian kepada penjual berkenaan dengan kaedah pembayaran anda. Di mana saya boleh memohon Surat Kredit Tunggu Sedia-i? KEMUDAHAN UNTUK PEMBIAYAAN EKSPORT BAB 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0