PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4

3 0 Panduan Asas Mengeksport 6.1 PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) FTA merupakan perjanjian mengikat antara dua atau lebih negara di mana negara-negara anggota menyediakan kemudahan/layanan yang lebih baik seperti: • Tarif lebih rendah atau sifar tarif untuk eksport barangan • Kelonggaran atau penghapusan sekatan import kuantitatif • Prosedur Kastam yang mudah • Akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai perkhidmatan • Kemasukan yang mudah untuk ahli perniagaan • Terma yang lebih baik untuk pelaburan Langkah-langkah untuk mendapat faedah daripada FTA: • Kenalpasti pasaran FTA yang anda ingin masuki • Tentukan Kod HS produk anda • Semak sama ada produk adalah tersenarai di bawah jadual pengurangan/penghapusan tarif setiap FTA. Anda boleh menyemak menerusi laman web MITI http://www.miti.gov.my • Semak sama ada produk memenuhi syarat Peraturan Tempasal [ Rules of Origin (ROO)] . ROO menentukan tempasal sesuatu produk untuk melayakkannya mendapat konsesi tarif. • Mohon Analisis Kos [ Cost Analysis (CA)] daripada Dagang Net secara atas talian (http://www.dagangnet.com ) . • Setelah CA diluluskan, mohon Sijil Tempasal Berkeutamaan [ Preferential Certificate of Origin (PCO)] menerusi aplikasi yang sama. • Kemukakan PCO bersama-sama dokumen import kepada pihak berkuasa kastam negara pengimport untuk menikmati konsesi tarif. * Sila log masuk ke (www.miti.gov.my > MITI > Promoting Trade > Free Trade Agreement) untuk maklumat lanjut. BAB 6 LAIN-LAIN PERTIMBANGANYANG BERMANFAAT /BERGUNA

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0