PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4

3 3 Panduan Asas Mengeksport 6.5 RISIKO EKSPORT DAN INSURANS 6.5.1 Konsep Pengurusan Risiko Memperluaskan pangkalan pelanggan antarabangsa anda adalah baik dan berpotensi untuk memberi peluang yang menguntungkan. Walau bagaimanapun, ianya juga bakal meningkatkan risiko. 6.5.1.1 Jenis-jenis Risiko: Jenis Mengenalpasti Risiko Mitigasi Risiko Risiko Kredit Pembeli • Apabila pengimport tidak akan atau tidak boleh membayar harga barangan yang telah dihantar • Minta Surat Kredit • Minta bayaran pendahuluan Risiko Bank • Apabila bank pengimport tidak dapat membayar amaun yang dijanjikan. • Minta pengesahan Surat Kredit dari bank antarabangsa utama atau bank tempatan yang berwibawa Risiko Negara • Faktor dalam negara pengimport yang tidak membolehkan sama ada pengimport atau bank pengimport membuat bayaran akibat sekatan/ embargo, peperangan atau ketidakstabilan politik. • Minta Insurans Kredit Eksport • Surat Kredit dikeluarkan oleh bank negara ketiga (selain dari Negara pengimport) Risiko Pembekal • Ketidakupayaan pembekal untuk memenuhi kewajipan membekal • Semak rekod pembekal melalui pelbagai sumber • Sumber alternatif bekalan disyorkan Risiko Pertukaran Matawang Asing • Kerugian disebabkan turun naik pertukaran matawang • Perlindungan nilai mata wang • Mengimport bahan- bahan mentah dan menjual produk siap dalam mata wang yang sama. 6.5.2 Insurans Risiko Kredit Eksport • Pengeksport boleh menginsuranskan risiko tidak membayar perolehan eksport mereka melalui EXIM Bank. LAIN-LAIN PERTIMBANGANYANG BERMANFAAT /BERGUNA BAB 6

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0