PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4

2 Panduan Asas Mengeksport LANGKAH AWAL 1.1 KENAPA PERLU EKSPORT? Di antara sebab-sebab syarikat mengeksport adalah: • Untuk menambah sumber pendapatan • Untuk mempelbagaikan pasaran dan mengurangkan risiko • Untuk meningkatkan daya saing • Untuk mencapai ekonomi berskala dan memanfaatkan kapasiti berlebihan • Pasaran domestik tepu 1.2 SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? Sebelum menceburi pasaran eksport, syarikat perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: 1.2.1 Pengeluaran • Dapat mempertingkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan eksport (contohnya; mesin baharu) • Bekalan bahan mentah mencukupi 1.2.2 Kewangan • Kedudukan kewangan yang stabil • Akses kepada pembiayaan (bank perdagangan dan kerajaan) • Memahami instrumen pembayaran 1.2.3 Modal Insan • Kakitangan yang terlatih dengan pengetahuan yang mencukupi (contohnyapengetahuanpasaran, prosedur kastamdan logistik, INCOTERMS) • Tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran dan fasih pelbagai bahasa 1.2.4 Pemasaran • Kolateral pemasaran yang mencukupi • Akses kepada pelbagai saluran pengedaran • Berpengetahuan dalam strategi pasaran eksport (rujuk pelan pasaran eksport) BAB 1

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0