PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
3 Panduan Asas Mengeksport 1.2.5 Syarat Eksport dan Pematuhan • Menepati piawaian antarabangsa, akreditasi dan pensijilan • Mematuhi syarat-syarat eksport dan import (permit, lesen dan kuota) • Mematuhi keperluan pembungkusan dan pelabelan negara pengimport 1.2.6 Undang-undang • Mematuhi undang-undang antarabangsa • Memahami Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) • Mempunyai kesedaran berkenaan Hak Harta Intelek (Intellectual Property Rights) • Kontrak Jualan Antarabangsa • Pengetahuan dalam timbang tara dan penyelesaian pertikaian. 1.3 MITOS BERKAITAN AKTIVITI MENGEKSPORT • Mengeksport adalah terlalu berisiko - Dengan latihan dan khidmat nasihat yang mencukupi, risiko semasa menjalankan aktiviti mengeksport boleh dikurangkan. Risiko terdapat di mana-mana sahaja termasuk dalam pasaran domestik terutama risiko ketidakbayaran. Risiko ketidakbayaran boleh diatasi dengan menggunakan terma pembayaran yang diterima di peringkat antarabangsa contohnya Surat Kredit (Letter of Credit) . • Hanya ada satu (1) terma jualan - Terdapat pelbagai jenis terma jualan dan ianya berbeza mengikut kesesuaian kaedah pengangkutan. • Elak dari meneroka pasaran yang tidak biasa ataupun pasaran yang sukar - Kunci untuk memilih mana-mana pasaran adalah penyelidikan pemasaran yang betul dan persediaan yang mencukupi. • Terlalu kecil untuk mengeksport - Terdapat pelbagai strategi untuk memasuki sesebuah pasaran dan ianya bersesuaian untuk semua jenis pengeksport dan pasaran yang disasarkan. Walaupun syarikat-syarikat besar biasanya mempunyai jumlah eksport yang lebih banyak tetapi sebenarnya sebahagian besar syarikat pengeksport di kebanyakan negara adalah daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS). • Tidak mampu untuk eksport - Terdapat pelbagai bantuan (kewangan dan bukan kewangan) serta skim kerajaan yang diwujudkan sebagai bantuan contohnya skim pembiayaan perdagangan dan program- program untuk pembangunan pengeksport. • Tidak mampu bersaing dengan syarikat asing yang besar - Faktor kompetitif lain juga memainkan peranan yang penting seperti harta intelek (Intellectual Property) , kualiti, perkhidmatan, dan citarasa pengguna. Faktor-faktor ini lebih penting daripada saiz syarikat. LANGKAH AWAL BAB 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0