PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
5 Panduan Asas Mengeksport BAB 2 MEMAHAMI SYARAT MENGEKSPORT PRODUK DAN PERKHIDMATAN 2.1 PROSEDUR DOMESTIK Aktiviti mengeksport produk dan perkhidmatan dikawal selia oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Peraturan-peraturan ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, adalah disyorkan untuk para pengeksport menyemak peraturan dengan pihak berkuasa yang berkaitan. 2.1.1 Produk • Dalam kes mengeksport produk, langkah pertama adalah untuk menentukan kod Harmonised System (HS). Sila rujuk kepada laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://tariff.customs.gov.my ; dan • Untuk maklumat lanjut mengenai piawaian / pensijilan kategori produk tertentu, sila rujuk Lampiran 1 2.1.2 Perkhidmatan • Bagi kebanyakan perkhidmatan profesional di Malaysia, pengeksport dikehendaki untuk mendaftar dengan badan-badan kawal selia yang berkaitan; dan • Klasifikasi perkhidmatan dikawal selia mengikut sistem Klasifikasi UN- CPC (United Nations-Central Product Classification). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bahagian Perangkaan Bangsa-Bangsa Bersatu di http://unstats.un.org 2.2 PROSEDUR ANTARABANGSA Mematuhi syarat piawaian antarabangsa akan memberi sekurang- kurangnya tiga faedah utama iaitu: • Meningkatkan daya saing di pasaran global; • Mempercepatkan dan memudahkan akses ke dalam pasaran asing; dan • Penerimaan serentak ke dalam negara-negara yang menerima pakai piawaian sama (contohnya CE Marking untuk EU) Syarat dan keperluan import dikawal selia oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara pengimport. Peraturan-peraturan ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, adalah disyorkan pengeksport menyemak dengan pihak berkuasa berkaitan di negara pengimport atau pengimport sendiri.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0