PANDUAN ASAS MENGEKSPORT_EDISI KE-4
7 Panduan Asas Mengeksport BAB 3 MEMBANGUNKAN PELAN EKSPORT ANDA 3.1 PENYELIDIKAN PASARAN Bagi mengeksport produk anda, penyelidikan berkenaan pasaran asing perlu dijalankan. Matlamat utama anda adalah untuk mengenal pasti peluang dan kekangan pasaran di luar negara, dan pada masa yang sama untuk mengenal pasti pembeli baharu. Penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan sama ada data utama atau sekunder. 3.1.1 Maklumat Penyelidikan Pasaran Penyelidikan pasaran melibatkan pencarian maklumat yang merangkumi: • Saiz pasaran, pertumbuhan dan trend • Halangan tarif dan bukan tarif • Syarat dan peraturan • Saluran pengedaran & struktur pasaran • Persaingan / prestasi pesaing • Demografi dan pemetaan pasaran • Pengeluaran negara pengimport • Ciri-ciri pasaran (contoh: keutamaan pengguna dan perlakuan pembelian) • Pembangunan produk baharu • Produk dan harga • Pembungkusan dan pelabelan • Pengiklanan dan promosi Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi Pusat Informasi Perniagaan MATRADE dan juga pejabat rangkaian antarabangsa MATRADE.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0