Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 : Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat Dan Negara

ISSN 2462-1412 Disember 2025 © Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Semua data perdagangan adalah data setakat yang dilaporkan sehingga 31 Disember 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Walau bagaimanapun segala usaha telah diambil untuk memastikan bahawa kandungan laporan tahunan adalah tepat dan terkini. MATRADE tidak bertanggungjawab atas sebarang ketinggalan, kesilapan atau pertikaian yang timbul daripada penggunaan maklumat yang diberikan. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem dapatan semula atau dihantar melalui apa-apa cara sama ada elektronik, mekanikal atau sebarang format tanpa persetujuan daripada penerbit. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Menara MATRADE Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603 6207 7077 E-mel: info@matrade.gov.my Laman web: www.matrade.gov.my Media Sosial: Facebook : MATRADE HQ Instagram : @matrade_hq LinkedIn : MATRADE X : @matrade Tiktok : @matradehq Youtube : MATRADE Diterbitkan oleh: Unit Penerbitan Perdagangan Seksyen Komunikasi Strategik Bahagian Perancangan Strategik MATRADE E-mel: tradepublication@matrade.gov.my

Tahun 2024 menyaksikan MATRADE terus memacu usaha memajukan eksport dengan membantu syarikat memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang tersedia demi rakyat dan negara. Langkah ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dengan membantu syarikat-syarikat tempatan agar mampu merentasi dunia dengan mampan. MATRADE telah melaksanakan mandatnya untuk terus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Program anjuran MATRADE adalah berpaksikan kepada empat teras utama iaitu pembangunan keupayaan eksport, penggalakan eksport, penyebaran maklumat perdagangan dan penyediaan khidmat nasihat serta sokongan. MEMBINA KEMAJUAN EKSPORT DEMI RAKYAT DAN NEGARA

Laporan Tahunan MATRADE 2024 4 Pencapaian MATRADE 2024 Program Pembangunan Pengeksport Secara kolektif, program keupayaan pengeksport MATRADE telah memanfaatkan 16,544 syarikat melalui pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2024 Pelanggan Kami MATRADE mempunyai Pangkalan Data Pengeksport Malaysia (MER) yang mengandungi 14,983 syarikat Malaysia termasuk syarikat besar, syarikat peringkat pertengahan (SPP), perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pengilang dan penyedia perkhidmatan. Pertanyaan Perdagangan Pada tahun 2024, MATRADE telah menerima 6,000 pertanyaan perdagangan daripada syarikat Malaysia dan pengimport melalui kunjungan fizikal, program jangkauan pengeksport, panggilan telefon, e-mel ke info@matrade.gov. my atau sistem pertanyaan perdagangan di portal MATRADE. Aktiviti Penggalakan Eksport Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Pameran Perdagangan Antarabangsa (ITF) Misi Perdagangan & Pelaburan (TIM) Misi Akselerasi Eksport (EAM) Mesyuarat Perniagaan Syarikat Malaysia yang mengambil bahagian Sumber Rujukan Pusat Informasi Perniagaan (BIC) mempunyai 24,314 koleksi fizikal, elektronik dan digital yang meliputi statistik perdagangan, profil negara, profil syarikat, berita niaga, laporan risikan pasaran, jadual duti import dan sebagainya Jumlah Perdagangan Jumlah perdagangan merekodkan pertumbuhan sebanyak 9.2% kepada RM2,880 trilion Lebihan Dagangan Eksport meningkat sebanyak 5.8% kepada RM1,509 trilion, mencapai 87.3% daripada sasaran tahun 2025 di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Import melapasi paras RM1 trilion untuk kali ketiga dengan peningkatan sebanyak 13.1% kepada RM1,370 trilion Lebihan dagangan berjumlah RM1,39.05 bilion, merupakan lebihan dagangan ke-27 berturut-turut sejak tahun 1998. 26 23 13 6 19,908 4,618

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 5 Isi Kandungan Prakata (Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara) Pencapaian MATRADE 2024 Mengenai MATRADE Perutusan Pengerusi Dari Meja Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pengarah Pengurusan Kanan Struktur Organisasi Rangkaian MATRADE 7 10 12 14 16 18 20 1 ORGANISASI MATRADE Prestasi Perdagangan Malaysia 2024 Rumusan Prestasi Pasaran Pasaran Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) & Pasaran Baharu Prestasi Sektor Barangan Utama dan Prestasi Import Prestasi Sektor Perkhidmatan 23 25 28 29 30 2LAPORAN PRESTASI PERDAGANGAN Matlamat 1 Memudahkan Akses Pasaran Matlamat 2 Mendigitalisasikan Eksport Matlamat 3 Menyediakan Risikan Pasaran Matlamat 4 Memperkasa Pelan Eksport Negara Matlamat 5 Latihan Pengeksport Matlamat 6 Meluaskan Komuniti Pengeksport Matlamat 7 Menyediakan Sokongan Khusus Matlamat 8 Memperkasa Jenama Malaysia 32 62 64 66 71 73 74 76 3 MATLAMAT TERAS MATRADE Pentadbiran Korporat Integriti, Audit Dalaman dan Pematuhan Undang-Undang Perancangan Strategik Memacu Teknologi Maklumat 79 89 93 96 4 PENGURUSAN, INTEGRITI, AUDIT DALAMAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK Prestasi Kewangan Laporan Audit 5 ULASAN KEWANGAN Pejabat MATRADE Singkatan dan Akronim 148 150 100 101

Organisasi MATRADE Laporan Tahunan MATRADE 2024 Mengenai MATRADE Nilai-nilai Korporat Perutusan Pengerusi Dari Meja Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pengarah Pengurusan Tertinggi Carta Organisasi Rangkaian Global MATRADE 6

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 7 Mengenai MATRADE Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah sebuah agensi promosi perdagangan nasional di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab untuk menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif. Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992, misi utamanya adalah untuk mempromosikan perusahaan Malaysia ke pasaran dunia. MATRADE memainkan peranan aktif dalam membantu syarikat Malaysia berkembang maju untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bertapak di luar negara dengan menyediakan program latihan, bimbingan serta khidmat nasihat. Di samping itu, MATRADE turut menyediakan maklumat dan risikan pasaran serta menggiatkan aktiviti promosi eksport untuk syarikat Malaysia. Melalui usaha ini, MATRADE membantu meluaskan akses pasaran serta meningkatkan profil syarikat Malaysia dalam pasaran asing. MATRADE meneruskan inisiatif bagi memastikan kelangsungan eksport dengan memanfaatkan teknologi dan platform digital. Usaha ini membolehkan MATRADE melaksanakan mandatnya memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Jangkauan Global MATRADE mempunyai 49 pejabat perdagangan luar negara yang terletak di bandar-bandar komersial utama dunia di samping enam (6) pejabat cawangan wilayah di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Bakat Insan MATRADE percaya bahawa warga kerja adalah tunjang utama organisasi dan komited dalam memesatkan pembangunan intelek, mengukuhkan keupayaan kepimpinan dan meningkatkan prestasi organisasi. MATRADE memberi tumpuan kepada penyediaan latihan dan pembangunan program pementoran serta pembelajaran yang bersesuaian di tempat kerja. Dengan budaya korporat yang kukuh, MATRADE komited untuk menyediakan peluang bagi setiap warga kerja berkhidmat dengan lebih cemerlang. MISI MEMPROMOSI ENTERPRIS MALAYSIA KE PASARAN DUNIA VISI MENEMPATKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PERDAGANGAN GLOBAL YANG KOMPETITIF

Laporan Tahunan MATRADE 2024 8 Fungsi Teras MATRADE memberi fokus dalam pelaksanaan dan penyampaian empat (4) fungsi teras iaitu: 1. Memudahkan akses ke pasaran luar negara melalui pelbagai program promosi perdagangan seperti ITF, EAM, INSP dan sesi padanan perniagaan. 2. Mendigitalisasikan eksport bagi menggalakkan penggunaan platform e-Dagang untuk mengembangkan eksport negara melalui perdagangan dalam talian. 3. Menyediakan risikan pasaran untuk syarikat Malaysia memantau dan menerokai pasaran eksport. 4. Memperkasa pelan eksport negara sejajar dengan peranan MATRADE sebagai pemangkin untuk meningkatkan eksport negara. Matlamat Kami Lapan (8) matlamat utama MATRADE sebagai organisasi promosi perdagangan nasional diringkaskan seperti berikut: Pembangunan Pengeksport Membantu dan meningkatkan kebolehan syarikat Malaysia dalam mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. MATRADE menyediakan latihan kepada syarikat Malaysia terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui penganjuran seminar dan bengkel. Selain itu, MATRADE juga melaksanakan program pembangunan pengeksport untuk membantu syarikat Malaysia mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan dalam bidang perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, promosi antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Ini membolehkan entiti perniagaan lebih berdaya tahan dan mampan di peringkat antarabangsa. Penggalakan Eksport Membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa (ITF), misi akselerasi eksport (EAM), program penyumberan antarabangsa (INSP) dan misi perdagangan dan pelaburan (TIM). Sebagai agensi promosi perdagangan nasional, MATRADE sering menjadi pusat rujukan bagi pertanyaan dan kunjungan dari pembeli asing serta memainkan peranan penting untuk menganjurkan program padanan perniagaan di antara mereka dengan syarikat Malaysia. Maklumat Perdagangan dan Pasaran MATRADE menyediakan risikan pasaran dan maklumat terkini seperti perubahan trend pasaran, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif. Risikan pasaran ini diedarkan kepada pengeksport melalui pelbagai laporan dan kajian serta penerbitan perdagangan antarabangsa yang dapat diakses dengan mudah seperti Market Alert (MA), Product Market Study (PMS), Trade Leads dan MATRADE Insight (MI). Selain itu, MATRADE juga menyediakan akses dalam talian kepada bahan risikan komersial lain di Pusat Informasi Perniagaan (BIC). Khidmat Nasihat & Sokongan MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan yang diperlukan oleh syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. Antara maklumat yang diberi adalah berkaitan tatacara mengeksport serta informasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di luar negara. Khidmat nasihat perdagangan dan sokongan ini juga disediakan semasa program jangkauan seperti penyertaan kaunter informasi di persidangan dan pameran antarabangsa di Malaysia. 5. Membina kesediaan eksport untuk mempersiapkan syarikat Malaysia menerokai pasaran eksport melalui program pembangunan pengeksport. 6. Meluaskan komuniti pengeksport dengan menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan. 7. Menyediakan sokongan khusus untuk mengukuhkan daya saing syarikat Malaysia dan meningkatkan aktiviti promosi eksport. 8. Memperkasa jenama Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan saluran supaya pengeksport boleh memanfaatkannya.

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 9 Global (Pemikiran & Pendekatan) • Berfikiran global; • Mengutamakan pihak berkepentingan; • Mewujudkan jaringan antarabangsa yang luas; • Penglibatan perdagangan di peringkat antarabangsa; • Berfikiran dan berstrategi global; dan • Menerima kepelbagaian. Respect (Manusia, Proses dan Planet) • Sayangi negara; • Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan mengamalkan sikap tidak prejudis; • Meraikan kejayaan, berkongsi tanggungjawab; • Menghargai kerjasama; dan • Mengutamakan pelanggan. Agile (Berkemahiran dan Mampu Beradaptasi) • Pembelajaran seumur hidup; • Inovasi untuk kemajuan; • Memiliki pemikiran dan sikap yang tangkas; • Menjangka dan bertindak sewajarnya kepada ketidakpastian; • Menerima dan mengamalkan penambahbaikan berterusan; • Cekap dan berpengetahuan; • Kemahiran untuk menutur idea; dan • Kebolehan melakukan pelbagai kerja. Creative (Inovatif dan Pemikiran Asli) • Berani untuk tampil berbeza; • Proaktif dan pemikiran progresif; • Mencetuskan inovasi untuk mencipta perubahan; • Bersikap terbuka untuk menerima idea dan cadangan baharu; dan • Berminat untuk mempelajari perkara-perkara baharu. Ethical (Beretika) • Adil, telus dan boleh dipercayai; • Sahih dan konsisten dalam percakapan dan perlakuan; • Profesional, komited dan berdisiplin dalam pengendalian; • Memimpin melalui teladan dan bertanggungjawab dalam semua tindakan; • Bersopan, bekerjasama, bertoleransi dan tegas; dan • Jujur serta rendah diri. Nilai Teras (G.R.A.C.E) Prinsip Panduan Organisasi (AVC) (Attitude, Values, Culture) Attitude (Sikap) Pembentukan Sikap Positif Memupuk persepsi yang terbuka dan positif terhadap situasi, persekitaran dan tanggungjawab. Values (Nilai) Menghayati Nilai Murni G.R.A.C.E dalam Menjalankan Amanah Penerapan nilai murni G.R.A.C.E adalah amat penting untuk: • membentuk warga kerja yang berkualiti; • amanah; • kreatif; dan • tangkas dalam mengadaptasi perubahan baharu serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Culture (Budaya) Memupuk Budaya Semangat Perpaduan • Amalan AVC mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan suasana harmoni; dan • Menjaga hubungan baik sesama rakan sekerja Program dan inisiatif berteraskan aspirasi AVC yang telah dilaksanakan adalah melalui hebahan Integriti Alert, Pekeliling2U dan sesi ceramah dan taklimat. Nilai-Nilai Korporat

Laporan Tahunan MATRADE 2024 10 Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Malaysia terus melakar kemajuan dalam arena perdagangan antarabangsa meskipun berdepan perubahan ekonomi global yang dinamik. Tahun 2024 membuktikan keteguhan asas ekonomi negara, hasil kerjasama erat ekosistem perdagangan, dipacu oleh peranan MATRADE sebagai agensi peneraju pembangunan dan promosi eksport negara. Perutusan Pengerusi Malaysia mengekalkan kedudukan kompetitif dalam rantai bekalan dunia, apabila nilai perdagangan terus meningkat dan eksport negara mencatat prestasi memberangsangkan. Lebihan dagangan yang konsisten selama hampir tiga (3) dekad menggambarkan keupayaan Malaysia menyesuaikan diri dengan permintaan global, sekaligus menunjukkan keberkesanan strategi promosi dan pembangunan eksport yang dilaksanakan. Pengukuhan Perdagangan Malaysia di Pentas Global

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 11 Landskap perdagangan global hari ini menuntut transformasi digital dan pematuhan kepada piawaian kelestarian. MATRADE mengambil langkah proaktif memperkukuh kedua-dua agenda ini melalui program pembangunan yang memberi bimbingan kepada para pengeksport, terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) agar mereka lebih bersedia untuk melangkah lebih jauh di arena antarabangsa. MATRADE memberi penekanan kepada pengukuhan kesiapsiagaan pengeksport, khususnya pematuhan kepada keperluan kelestarian antarabangsa. Ini adalah penting bagi memastikan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing dalam pasaran yang semakin menitikberatkan tadbir urus alam sekitar dan rantaian bekalan hijau. Sebagai organisasi yang menerajui promosi eksport dan pembangunan pengeksport, MATRADE terus melakukan transformasi dalaman bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan. Peningkatan kemudahan kerja, pengantarabangsaan program ikonik Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) melalui MIHAS@ Dubai dan pengukuhan kerjasama strategik antarabangsa termasuk dengan Republik Rakyat China (RRC) merupakan antara pencapaian penting pada tahun ini. Transformasi ini tidak hanya meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai rakan dagang yang dipercayai. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) atas sokongan beliau terhadap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh MATRADE. Terima kasih juga kepada Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan seluruh warga MATRADE yang sentiasa komited, berinovasi dan bersemangat tinggi dalam menjayakan misi dan visi organisasi. Dengan semangat kebersamaan dan hala tuju strategik yang jelas, saya yakin MATRADE akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain perdagangan global yang berdaya tahan, inovatif dan berwibawa. NTBp terus menjadi pemacu utama dalam memperkukuh daya saing eksport negara. Dengan kadar kejayaan pelaksanaan yang tinggi, Whole-of-Government Approach melalui NTBp membuktikan penyelarasan serta kerjasasama seluruh kementerian serta agensi idalam memacu agenda perdagangan negara dengan lebih teratur, holistik dan berteraskan teknologi, memberikan hala tuju jelas kepada pembangunan eksport Malaysia dalam jangka masa panjang. Pempelbagaian ke pasaran baharu seperti Asia Selatan, Asia Tengah, Amerika Latin dan Afrika adalah bukti komitmen Malaysia untuk memperluaskan jaringan pasaran eksport dan tidak bergantung kepada pasaran tradisional sematamata. Pendekatan ini bukan sahaja membuka ruang pertumbuhan baharu, malah berkemampuan melonjakkan eksport negara ke peringkat yang lebih tinggi. Agenda Digitalisasi dan Kelestarian: Teras Pertumbuhan Masa Hadapan Transformasi Organisasi untuk Masa Depan Perdagangan Global Penghargaan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp): Pandu Arah Strategik Negara YB DATO’ SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN Pengerusi MATRADE

Laporan Tahunan MATRADE 2024 12 Syukur Alhamdulillah, kedudukan Malaysia terus kukuh dan cemerlang di pasaran global. Tahun 2024 menyaksikan Malaysia berada pada tangga ke-24 sebagai negara perdagangan utama dunia dengan MATRADE kekal sebagai nadi penggerak perdagangan luar negara. Malaysia telah mencipta rekod nilai perdagangan tertinggi pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM2.880 trilion, melepasi aras RM2 trilion empat (4) tahun berturut-turut. Eksport melonjak kepada RM1.509 trilion, mencapai 87.3% daripada sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2025 di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Lebihan dagangan turut dicatatkan bagi 27 tahun berturut-turut sejak 1998. Sektor perkilangan terus menerajui eksport negara dengan barangan Elektrikal dan Elektronik (E&E) menjadi penyumbang terbesar, menandakan kedudukan kukuh Malaysia dalam rantaian bekalan global. ASEAN, Republik Rakyat China (RRC), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia. Namun demikian, strategi pempelbagaian pasaran MATRADE telah membuka lembaran dalam jangkauan global ke rantau pasaranpasaran baharu seperti Amerika Latin, Asia Tengah, Asia Selatan dan Afrika. Pada tahun 2024, eksport Malaysia ke pasaran-pasaran ini merekodkan pertumbuhan yang menggalakkan khususnya ke Asia Selatan dan Timur Tengah yang masing-masing berkembang sebanyak 11.8% dan 6.3%. Prestasi Perdagangan 2024 Dari Meja Ketua Pegawai Eksekutif

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 13 Selain digitalisasi, agenda kelestarian juga diutamakan di MATRADE untuk meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia di peringkat global. Bagi memantapkan agenda ini Unit Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) telah ditubuhkan untuk melaksanakan Inisiatif Penghijauan Rangkaian Bekalan Eksport (GxSCI), Program Libat Urus Kelestarian Kerajaan (GSEP) dan Libat Urus bersama MITI dimana i-ESG Framework diperkenalkan. usaha mengantarabangsakan produk dan perkhidmatan Malaysia, tahun ini menyaksikan kejayaan penganjuran MIHAS@Dubai, penganjuran sulung di luar negara. Transformasi jenama MIHAS ini telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju Halal dunia. Usaha promosi perdagangan turut dipertingkat melalui penganjuran pelbagai program sempena ulang tahun ke50 hubungan diplomatik Malaysia dan Republik Rakyat China, yang diselaras oleh MITI, MATRADE sebagai peneraju aktiviti di bawah tonggak ekonomi. Kejayaan eksport negara merupakan bukti keteguhan perdagangan Malaysia, hasil pelaksanaan strategi promosi dan pembangunan eksport yang merangkumi agenda digitalisasi, kelestarian dan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp). Pendigitalan bukan sahaja memperkasakan syarikat sedia ada, malah membuka peluang kepada perusahaan baharu, memastikan Malaysia kekal kompetitif dan berdaya saing dalam ekonomi global yang dinamik. Inisiatif kelestarian pula memastikan eksport Malaysia terus memenuhi piawaian antarabangsa, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. Dengan kadar pelaksanaan 93.2%, NTBp mencerminkan komitmen menyeluruh seluruh ekosistem perdagangan negara dalam memacu pertumbuhan eksport serta memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Segala pencapaian dan pelaksanaan transformasi MATRADE bukan penamat, tetapi satu perjalanan berterusan untuk memastikan kemampanan perdagangan negara. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang tidak putus-putus memberikan sokongan kuat dan buah fikiran bernas dalam membantu MATRADE menjayakan agenda eksport negara. Saya turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan dan semua warga MATRADE yang komited dalam menjadikan organisasi ini gemilang dan terbilang serta warganya yang cemerlang. Transformasi MATRADE diteruskan pada tahun ini dengan pembaharuan persekitaran kerja yang lebih kondusif, pengantarabangsaan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan pengukuhan kerjasama strategik bersama Republik Rakyat China (RRC). Projek renovasi Ruang Kerja Aras 2, telah menghasilkan peningkatan 20% kapasiti penggunaan dan pengurangan 60% masa pergerakan antara bahagian, sekali gus mengoptimumkan aliran kerja dan interaksi. Dalam Kelestarian Transformasi Organisasi Agenda Digitalisasi Dalam Memperkasa Pengeksport Malaysia Digitalisasi yang merupakan salah satu agenda utama MATRADE terus diberikan keutamaan pada tahun ini bagi memperkukuh kapasiti pengeksport Malaysia. Portal MATRADE turut berjaya memperluas capaian maklumat berkaitan perdagangan serta telah merekodkan jumlah kunjungan yang tinggi oleh komuniti perdagangan dari dalam dan luar negara. Selain itu, platform serta program yang berasaskan teknologi digital seperti seperti aplikasi MyExport, program eTRADE, Program Pembangunan e-Dagang Rentas Sempadan (eBizLink) dan eBizMatch turut menyokong agenda ini, dimana perkongsian risikan pasaran, promosi dan pembangunan produk serta perkhidmatan telah dilaksanakan untuk para pengeksport. DATUK MOHD MUSTAFA ABDUL AZIZ Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE

Laporan Tahunan MATRADE 2024 14 (Sehingga Disember 2024) Lembaga Pengarah YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican Pengerusi Dato’ Hazimah Zainuddin Pengarah Urusan & Pengasas Kumpulan Hyrax Oil Sdn Bhd Dato’ Hairil Yahri Yaacob Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Dato Mohammad Medan Abdullah Ahli Lembaga Pengarah Petroleum Sarawak Berhad Datuk Dr. Zunika Mohamed Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (Sehingga: 22 Mei 2024) Datuk Mohd Mustafa Bin Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 15 Datuk Ruben Emir Gnanalingam Pengarah Urusan Westports Holdings Bhd Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin Ahli Lembaga Pengarah Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi Kementerian Ekonomi (Berkuatkuasa: 23 Mei 2024) Dato’ Teng Chee Wai Pengarah Urusan AHAM Asset Management Berhad Dato’ Sri Ahmad Fadil Shamsuddin Ahli Lembaga Pengarah Datin Nooryana Najwa Dato’ Sri Mohd Najib Ahli Lembaga Pengarah (Berkuatkuasa: 1 Oktober 2024) Dato’ Mahmud Abbas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Sehingga: 31 Ogos 2024) Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Sime Darby Property Berhad (Sehingga: 31 Ogos 2024) Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim JP Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (Sehingga: 31 Ogos 2024)

Laporan Tahunan MATRADE 2024 16 Yuslinawati Mohd Yusof Pengarah Seksyen Pengangkutan & Logistik S. Jai Shankar Pengarah Kanan (Memangku mulai 4 Mei 2024) Bahagian Promosi Eksport & Akses Pasaran Naim Abdul Rahman Pengarah Seksyen Akademi Eksport & Pembangunan Pasaran (Sehingga Disember 2024) Pengurusan Kanan Datuk Mohd Mustafa Bin Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Abu Bakar Yusof Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Promosi Eksport & Akses Pasaran Mansor Shah Wahid Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Transformasi & Perdagangan Digital YM Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik Remee Yaakub Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 17 Noor Hayati Abu Noh Pengarah Seksyen Koordinasi dan Pemantauan Khairul Nizam Moonier Pengarah Seksyen Gayahidup & Sains Hayat Idzham Abdul Hamid Pengarah Seksyen Minyak & Gas, Kimia dan Tenaga Jamaluddin Abdullah Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat Zalela Jaafar Pengarah Seksyen Pengurusan Kewangan Mazlan Harun Pengarah Seksyen China & Asia Timur, Seksyen ASEAN & Oceania Yusram bin Yusup Pengarah Seksyen Halal, Makanan dan Minuman & Agro Muna Abu Bakar Pengarah Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika & Seksyen Eropah & Amerika Asnor Vidya Nor Azmi Pengarah Seksyen Program Khas dan Seksyen Perdagangan Digital Razida Hanim Abdul Razak Pengarah Seksyen Elektrik & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan Jamaliah Jamaludin Pengarah Seksyen Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan

Laporan Tahunan MATRADE 2024 18 Fungsi utama MATRADE adalah untuk mempromosi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia serta membangunkan aktiviti pengeksport yang merupakan asas teras kepada struktur organisasi. MATRADE dengan tenaga kerja seramai 680 kakitangan berkhidmat dan membantu pengeksport Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui enam pejabat wilayah dan 49 pejabat di luar negara. PEJABAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KPE) LEMBAGA PENGARAH Unit Audit Dalam Unit Integriti Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran Bahagian Perancangan Strategik Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Akselerasi Eksport Struktur Organisasi Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pengeksport Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 19 Seksyen Elektrikal & Elektronik, ICT, Jentera & Peralatan Seksyen Pengangkutan & Logistik Seksyen Minyak & Gas, Kimia & Tenaga • Unit Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Seksyen Halal, Makanan & Minuman & Agro Seksyen Gaya Hidup & Sains Hayat Seksyen Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan Seksyen ASEAN & Oceania • Bangkok • Hanoi • Ho Chi Minh City • Jakarta • Manila • Medan • Melbourne • Phnom Penh • Yangon • Singapura Seksyen China & Asia Timur • Beijing • Chengdu • Guangzhou • Hong Kong • Osaka • Seoul • Shanghai • Taipei • Tokyo Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika • Almaty • Cairo • Chennai • Doha • Dubai • Jeddah • Johannesburg • Karachi • Lagos • Mumbai • Nairobi • Tashkent Seksyen Eropah & Amerika • Budapest • Buenos Aires • Frankfurt • Istanbul • Kiev • London • Los Angeles • Mexico City • Miami • Milan • Moscow • New York • Paris • Rotterdam • Santiago • Sao Paulo • Warsaw Seksyen Program Khas • Unit Syarikat Peringkat Pertengahan • Unit Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Seksyen Perdagangan Digital • Unit Ekosistem eDagang • Unit MyTRADE Digital - Pejabat Wilayah • Sabah • Sarawak • Utara (Pulau Pinang) • Timur (Terengganu) • Selatan (Johor) • Pusat Informasi Perniagaan Seksyen Teknologi Maklumat • Unit Perkhidmatan Digital • Unit Pengurusan Sistem Aplikasi • Unit Operasi & Sokongan ICT • Unit Rangkaian & Keselamatan ICT Seksyen Akademi Eksport • Unit Khidmat Nasihat & Latihan Pengeksport Seksyen Penyelidikan • Unit Analisis Perdagangan • Unit Statistik Perdagangan Seksyen Pembangunan Strategik • Unit Pembangunan Strategik • Unit Kolaborasi Antarabangsa Seksyen Koordinasi dan Pemantauan • Unit Koordinasi Strategik • Unit Pemantauan Prestasi Seksyen Komunikasi Strategik • Unit Komunikasi Korporat • Unit Penerbitan Perdagangan Seksyen Pengurusan Kewangan • Unit Kewangan • Unit Perakaunan • Unit Perolehan • Unit Penjanaan Hasil Seksyen Pengurusan Korporat • Unit Pentadbiran Seksyen Sumber Manusia • Unit Perancangan Organisasi & Transformasi • Unit Pengurusan Sumber Manusia • Unit Kompetensi & Pembangunan Bakat Seksyen Pengurusan Fasiliti • Unit Pengurusan Fasiliti • Unit Pengurusan Aset Seksyen Pembangunan Pasaran • Unit Pembangunan Pasaran

Laporan Tahunan MATRADE 2024 20 Rangkaian Global MATRADE 1. Los Angeles 2. New York 3. Miami 4. Mexico City 5. Santiago 6. Sao Paolo 7. Buenos Aires 8. London 9. Paris 10. Milan 11. Frankfurt 12. Rotterdam 13. Istanbul 14. Warsaw 15. Budapest 16. Kiev 17. Moscow 18. Almaty 19. Tashkent 20. Jeddah 21. Dubai 22. Doha 23. Kaherah 24. Nairobi 25. Johannesburg 26. Lagos 27. Mumbai 28. Chennai 29. Yangon 30. Bangkok 31. Ho Chi Minh City 32. Hanoi 33. Phnom Penh 34. Medan 35. Jakarta 36. Manila 37. Chengdu 38. Beijing 39. Shanghai 40. Guangzhou 41. Hong Kong 42. Taipei 43. Seoul 44. Tokyo 45. Osaka 46. Melbourne 47. Karachi 48. Ottawa 49. Singapura *Pejabat baharu akan dibuka 2 48 3 1 4 6 7 5 26 9 8 12

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 21 Ibu Pejabat Kuala Lumpur Pejabat Wilayah Pulau Pinang Johor Terengganu Pahang Sabah Sarawak 49 Pejabat MATRADE Luar Negara 6Pejabat Wilayah 20 24 25 23 13 16 17 14 11 10 15 22 19 18 21 28 27 47 35 49 34 30 32 29 33 31 44 42 39 38 43 45 37 41 40 36 46 49 40Pejabat Negara Menghubungkan Malaysia ke Serata Dunia

Laporan Tahunan MATRADE 2024 22 Laporan Prestasi Perdagangan Prestasi Perdagangan Malaysia 2024 Rumusan Prestasi Pasaran Pasaran Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) & Pasaran Baharu Prestasi Sektor Barangan Utama Prestasi Import Prestasi Sektor Perkhidmatan

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 23 Prestasi Perdagangan Malaysia 2024 Pada tahun 2024, prestasi perdagangan Malaysia terus merekodkan peningkatan, mencatatkan satu lagi pencapaian dengan perdagangan mencecah nilai tertinggi baharu. Pencapaian ini disumbangkan oleh pemulihan perdagangan antarabangsa, kitaran positif teknologi global serta permintaan luar yang kukuh bagi barangan perkilangan dan keluaran pertanian. Perdagangan Malaysia berjumlah RM2.880 trilion, melepasi aras RM2 trilion bagi empat (4) tahun berturut-turut, naik sebanyak 9.2% berbanding tahun 2023. Eksport meningkat 5.8% kepada RM1.509 trilion, melebihi aras RM1 trilion bagi tahun keempat berturut-turut serta mencapai 87.3% daripada unjuran yang ditetapkan bagi tahun 2025 di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). (Sasaran bagi tahun 2025: RM1.730 trilion). Sementara itu, import meningkat 13.1% kepada RM1.370 trilion, melepasi aras RM1 trilion untuk tiga (3) tahun berturut-turut. Prestasi kukuh ini telah menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM139.05 bilion, yang ke-27 tahun berturut-turut sejak 1998. ASEAN, Republik Rakyat China (RRC), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan merupakan lima (5) rakan dagang utama Malaysia pada tahun 2024. Secara keseluruhan, kelima-lima pasaran ini merangkumi 68.4% daripada jumlah perdagangan negara. ASEAN juga merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia, diikuti oleh AS, RRC, EU dan Hong Kong SAR. Kelima-lima pasaran ini menyumbang 68.2% kepada jumlah eksport Malaysia. Lima (5) sumber import utama negara adalah ASEAN, RRC, AS, Taiwan dan EU, yang secara kolektif mewakili 70.2% daripada jumlah keseluruhan import Malaysia. Eksport barangan perkilangan bernilai RM1.289 trilion atau 85.4% daripada jumlah eksport Malaysia. Ini merupakan peningkatan sebanyak 6.0% berbanding tahun 2023. Barangan elektrik dan elektronik (E&E) menyumbang syer terbesar sebanyak 39.9% kepada jumlah eksport, berkembang 4.5% kepada RM601.58 bilion. Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan kukuh bagi litar bersepadu elektronik yang naik 4.8% kepada RM313.09 bilion, berikutan peningkatan dalam teknologi global. Barangan E&E kekal sebagai penyumbang eksport terbesar, disusuli keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan bahan kimia serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Kesemua barangan ini menyumbang 63.0% kepada jumlah eksport Malaysia. Eksport yang lebih tinggi disokong oleh permintaan kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan, minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, barangan perkilangan logam serta barangan makananan diproses yang turut mencatatkan nilai tertinggi baharu. Dari segi pasaran, destinasi eksport utama Malaysia adalah ASEAN, AS, RRC, EU dan Hong Kong SAR yang menyumbang 68.2% kepada eksport negara. Eksport ke AS dan Taiwan mencapai nilai tertinggi setakat ini. Eksport ke pasaran FTA mewakili 67.7% daripada jumlah eksport negara, kembali meningkat 1.9% kepada RM1.022 trilion selepas mencatatkan penyusutan pada tahun 2023. Eksport ke Mexico, Türkiye dan Kanada mencatatkan nilai tertinggi setakat ini. Strategi diversifikasi yang menyasarkan pasaran-pasaran baharu juga memainkan peranan yang sama penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan eksport, terutamanya ke negara-negara seperti Bangladesh, Costa Rica, Mesir, Nigeria, Angola, Ethiopia, Algeria, Togo dan Libya. Eksport ke Kenya, Oman serta Namibia telah merekodkan nilai tahunan tertinggi. 5.8% 13.1% Eksport meningkat kepada RM1.509 trilion Import meningkat kepada RM1.370 trilion

Laporan Tahunan MATRADE 2024 24 Taiwan Perdagangan telah melebihi nilai RM2 trilion bagi empat tahun berturut-turut Eksport yang lebih tinggi disokong oleh permintaan kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan, minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, barangan perkilangan logam serta barangan makananan diproses yang mencatatkan nilai tertinggi baharu Eksport melebihi aras RM1 trilion bagi empat (4) tahun berturut-turut dan telah mencapai 87.3% daripada unjuran yang ditetapkan bagi eksport pada tahun 2025 di bawah Kajian Separuh Penggal RMKe-12 Lebihan dagangan kekal bagi tahun ke-27 berturut-turut sejak 1998 China kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia bagi 16 tahun berturut-turut sejak 2009, mewakili 16.8% syer daripada jumlah perdagangan negara Strategi diversifikasi yang menyasarkan pasaranpasaran baharu juga memainkan peranan yang sama penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan eksport, terutamanya ke negara-negara seperti Bangladesh, Costa Rica, Mesir, Nigeria, Angola, Ethiopia, Algeria, Togo dan Libya. Eksport ke Kenya, Oman dari Namibia telah merekodkan nilai tertinggi baharu Import melebihi nilai RM1 trilion bagi tahun ketiga berturut-turut Barangan E&E kekal sebagai penyumbang eksport terbesar, disusuli keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan sawit, kimia dan bahan kimia serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Eksport ke pasaran Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) mewakili 67.7% daripada jumlah eksport negara, kembali meningkat 1.9% kepada RM1.022 trilion selepas mencatatkan penyusutan pada tahun 2023. Eksport ke Mexico, Türkiye dan Kanada mencatatkan nilai tertinggi setakat ini Sorotan utama prestasi perdagangan pada tahun 2024: Kesemua barangan ini menyumbang 63.0% kepada jumlah eksport Malaysia Taiwan Sumber import utama Malaysia RRC RRC AS AS ASEAN ASEAN EU EU Hong Kong SAR 68.2% Eksport Malaysia Pasaran eksport utama Malaysia Import Malaysia 70.2%

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 25 ASEAN JUMLAH PERDAGANGAN RM764.37 bn 6.0% IMPORT RM326.41 bn 8.7% EKSPORT RM437.96 bn 4.2% Barangan E&E Keluaran Petroleum Jentera, kelengkapan dan peralatan BARANGAN EKSPORT UTAMA Pasaran Eksport Utama *syer kepada jumlah eksport rantau ini Filipina 6.4% Singapura 52.7%* Brunei 1.3% Thailand Viet Nam 13.5% Myanmar 0.7% Lao PDR 0.02% Kemboja 0.7% 12.3% Indonesia 12.4% Rumusan Prestasi Pasaran ASEAN kekal sebagai rakan dagang terbesar dan strategik bagi Malaysia, menyumbang 26.5% kepada jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2024. Perdagangan dengan ASEAN meningkat 6.0% kepada RM764.37 bilion berbanding 2023. Lima (5) daripada 20 rakan dagang utama Malaysia merupakan negara anggota ASEAN iaitu Singapura di kedudukan rakan dagang kedua terbesar, diikuti oleh Indonesia (ke-6), Thailand (ke-7), Viet Nam (ke-11) dan Filipina (ke-17). ASEAN menyumbang 29.0% kepada jumlah eksport, mencatatkan kenaikan sebanyak 4.2% kepada RM437.96 bilion disokong oleh permintaan kukuh bagi jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam serta keluaran petroleum. Sementara itu, barangan eksport utama ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 36.2%, keluaran petroleum (16.7%) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (7.1%). Import dari ASEAN meningkat sebanyak 8.7% kepada RM326.41 bilion, dengan import utama terdiri daripada barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Singapura merupakan pasaran eksport utama dan menyumbang 52.7% kepada jumlah eksport ke rantau ini. Ia diikuti oleh Thailand (13.5%), Indonesia (12.4%), Viet Nam (12.3%), Filipina (6.4%), Brunei (1.3%), Myanmar (0.7%), Kemboja (0.7%) dan Lao PDR (0.02%). Eksport ke Singapura meningkat sebanyak 5.3% kepada RM230.86 bilion berikutan permintaan kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan besi dan keluli. Barangan eksport utama ke Singapura adalah barangan E&E dengan syer sebanyak 48.8%, keluaran petroleum (13.8%) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (8.7%). Import dari Singapura naik sebanyak 15.1% kepada RM165.40 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia.

Laporan Tahunan MATRADE 2024 26 REPUBLIK RAKYAT CHINA (RRC) AMERIKA SYARIKAT (AS) JUMLAH PERDAGANGAN JUMLAH PERDAGANGAN RM484.25 bn 7.6% RM325.16 bn 30.0% IMPORT IMPORT RM296.48 bn 14.9% RM126.25 bn 42.1% EKSPORT EKSPORT RM187.76 bn 2.1% RM198.91 bn 23.3% Barangan E&E Barangan E&E Bijih Logam Jentera Kimia & Bahan Kimia Kelengkapan dan Peralatan BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN EKSPORT UTAMA Pada tahun 2024, RRC merupakan rakan dagang terbesar Malaysia bagi 16 tahun berturut-turut dengan syer sebanyak 16.8% daripada jumlah perdagangan, meningkat 7.6% kepada RM484.25 bilion berbanding tahun 2023. AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada tahun 2024, dengan syer sebanyak 11.3% daripada jumlah perdagangan, meningkat 30.0% kepada RM325.16 bilion berbanding tahun 2023. RRC merupakan pasaran eksport ketiga terbesar, dengan syer sebanyak 12.4% daripada jumlah eksport Malaysia. Eksport ke RRC menyusut 2.1% kepada RM187.76 bilion berikutan eksport yang lebih rendah bagi barangan E&E, bijih logam dan serpihan logam serta kimia dan bahan kimia. Barangan eksport utama ke China ialah barangan E&E dengan syer sebanyak 36.2%, kimia dan bahan kimia (9.7%) serta gas asli cecair (LNG) (8.2%). RRC kekal sebagai sumber import utama Malaysia, mewakili 21.6% syer daripada jumlah keseluruhan import, naik sebanyak 14.9% kepada RM296.48 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta kimia dan bahan kimia. Eksport ke AS menyumbang 13.2% kepada jumlah eksport negara, mencatatkan rekod tertinggi baharu dengan pertumbuhan dua digit sebanyak 23.3% kepada RM198.91 bilion. Kenaikan ini disumbangkan oleh permintaan kukuh bagi eksport barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta keluaran getah. Eksport utama ke AS adalah barangan E&E (60.4% syer), barangan optik dan saintifik (6.5%) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (4.4%). Import dari AS mencatatkan peningkatan sebanyak 42.1% kepada RM126.25 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta kimia dan bahan kimia.

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 27 KESATUAN EROPAH (EU) TAIWAN JUMLAH PERDAGANGAN JUMLAH PERDAGANGAN RM218.91 bn 5.9% RM176.15 bn 38.5% IMPORT IMPORT RM103.08 bn 9.8% RM109.13 bn 30.2% EKSPORT EKSPORT RM115.83 bn 2.6% RM67.02 bn 54.5% Barangan E&E Barangan E&E Minyak sawit dan Barangan Berasaskan Minyak Sawit Barangan Optik dan Saintifik Barangan Optik dan Saintifik Jentera, Kelengkapan dan Peralatan BARANGAN EKSPORT UTAMA BARANGAN EKSPORT UTAMA Pada 2024, EU masih kekal sebagai salah sebuah rakan dagang utama Malaysia, menyumbang 7.6% kepada jumlah perdagangan negara. Perdagangan dengan EU merekodkan peningkatan 5.9% kepada RM218.91 bilion. Jerman merupakan rakan dagang terbesar di EU, mewakili 29.5% daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan rantau ini, diikuti oleh Belanda (18.8%) dan Ireland (11.7%). Taiwan yang menggantikan Jepun sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada tahun 2024, mencatatkan pertumbuhan kukuh dua digit 38.5% kepada RM176.15 bilion berbanding 2023 dan menyumbang 6.1% kepada jumlah perdagangan Malaysia. Ini merupakan nilai perdagangan tertinggi dicatatkan setakat ini. Eksport ke EU merangkumi 7.7% daripada jumlah eksport Malaysia, berkembang 2.6% kepada RM115.83 bilion berikutan peningkatan eksport minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, keluaran getah serta barangan makanan diproses. Barangan eksport utama ke rantau ini adalah barangan E&E (44.8% syer), minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit (16.0%) serta barangan optik dan saintifik (6.1%). Import dari EU naik sebanyak 9.8% kepada RM103.08 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta kimia dan bahan kimia. Belanda merupakan destinasi eksport terbesar bagi pasaran EU dengan 30.8% syer atau RM35.67 bilion, susut sebanyak 0.5%, didorong oleh eksport barangan E&E, barangan perkilangan logam serta keluaran petroleum yang lebih rendah. Barangan eksport utama ke Belanda adalah barangan E&E dengan 42.8% syer, minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit (29.1%) serta barangan optik dan saintifik (4.9%). Import dari Belanda meningkat sebanyak 9.7% kepada RM5.59 bilion. Barangan import utama adalah barangan makanan diproses, kimia dan bahan kimia serta barangan E&E. Taiwan adalah pasaran eksport keenam terbesar, dengan syer sebanyak 4.4% daripada jumlah eksport negara. Eksport ke Taiwan mencecah nilai tertinggi baharu, melonjak sebanyak 54.5% kepada RM67.02 bilion berikutan permintaan kukuh bagi barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan yang merupakan barangan eksport utama ke pasaran tersebut dengan syer masing-masing sebanyak 65.6%, 11.1% dan 3.3%. Import dari Taiwan naik sebanyak 30.2% kepada RM109.13 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, keluaran petroleum serta kimia dan bahan kimia. Taiwan

Laporan Tahunan MATRADE 2024 28 Pasaran Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) & Pasaran Baharu Eksport PASARAN FTA PASARAN BAHARU EKSPORT Perdagangan dengan rakan dagang FTA pada tahun 2024 merangkumi 65.5% daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat 5.2% kepada RM1.887 trilion. Eksport ke Bangladesh meningkat 5.7% kepada RM11.84 bilion berbanding 2023, Kenya bertambah 2.1% kepada RM5.52 bilion, Mesir melonjak 53.8% kepada RM3.55 bilion, Togo berkembang 6.2% kepada RM1.43 bilion dan Algeria naik 27.9% kepada RM552.2 juta berikutan peningkatan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Eksport ke rakan dagang FTA berjumlah RM1.022 trilion, naik sebanyak 1.9% dan mewakili 67.7% daripada jumlah eksport Malaysia. Barangan yang mencatatkan peningkatan eksport adalah jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Barangan eksport utama ke pasaran FTA adalah barangan E&E dengan syer sebanyak 36.4%, keluaran petroleum (10.5%) serta kimia dan bahan kimia (6.2%). Singapura, RRC, Hong Kong SAR, Jepun dan Thailand merupakan destinasi eksport utama Malaysia di kalangan pasaran FTA. Secara kolektif, pasaran-pasaran ini menyumbang 63.6% kepada jumlah eksport ke rakan dagang FTA. Eksport ke Singapura mencatatkan peningkatan sebanyak 5.3% kepada RM230.86 bilion berikutan eksport barangan E&E yang lebih tinggi, diikuti oleh India ( 14.5% kepada RM52.13 bilion, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit), Indonesia ( 6.9% kepada RM54.42 bilion, keluaran petroleum), Türkiye ( 17.2% kepada RM20.55 bilion, barangan besi dan keluli) dan Kanada ( 56.0% kepada RM6.51 bilion, barangan E&E). Import berkembang 9.3% kepada RM865.50 bilion dan menyumbang sebanyak 63.2% kepada jumlah import Malaysia. Barangan E&E, keluaran petroleum serta jentera, kelengkapan dan peralatan merupakan barangan import utama dari pasaran FTA. Eksport ke Oman meningkat 10.3% kepada RM1.60 bilion, Costa Rica mengukuh 17.6% kepada RM3.43 bilion, Ethiopia melonjak 56.5% kepada RM580.3 juta dan Libya naik 19.7% kepada RM116.7 juta, didorong oleh peningkatan permintaan bagi barangan E&E. Sementara itu, eksport ke Nigeria meningkat 5.7% kepada RM2.51 bilion, disokong oleh pertumbuhan eksport jentera, kelengkapan dan peralatan manakala eksport ke Angola melonjak 59.4% kepada RM894.6 juta dan Namibia menokok 2.9% kepada RM221.6 juta, disumbangkan oleh kenaikan permintaan bagi keluaran petroleum. JUMLAH PERDAGANGAN RM1.887 tn 5.2% IMPORT RM865.50 bn 9.3% EKSPORT RM1.022 tn 1.9% RM11.84 bn 5.7% RM5.52 bn 2.1% RM3.55 bn 53.8% RM1.43 bn 6.2% RM552.2 bn 27.9% Bangladesh Kenya Mesir Togo Algeria

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 29 Prestasi Eksport Sektor Utama Eksport Barangan Perkilangan Eksport Keluaran Pertanian Eksport Hasil Galian Prestasi Sektor Barangan Utama dan Prestasi Import Pada tahun 2024, eksport barangan perkilangan melepasi aras RM1 trilion bagi tahun keempat berturut-turut, merangkumi 85.4% daripada jumlah eksport Malaysia atau sebanyak RM1.289 trilion, naik 6.0% berbanding 2023. Pada tahun 2024, eksport keluaran pertanian kembali meningkat, mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.6% kepada RM105.79 bilion berbanding 2023, menyumbang 7.0% kepada jumlah eksport Malaysia. Eksport hasil galian merangkumi 6.9% syer daripada jumlah eksport Malaysia pada tahun 2024 menurun sebanyak 2.1% kepada RM103.89 bilion berbanding tahun 2023. Barangan E&E terus mendominasi eksport Malaysia, dengan syer sebanyak 39.9%, meningkat kepada rekod tertinggi baharu mencecah RM601.58 bilion, 4.5% lebih tinggi berbanding 2023. Pertumbuhan ini disumbangkan oleh permintaan kukuh bagi litar bersepadu elektronik yang naik 4.8% kepada RM313.09 bilion, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam teknologi global. Pasaran eksport utama bagi barangan E&E adalah AS (20.0% syer), Singapura (18.7%) dan Hong Kong SAR (12.2%). Keluaran petroleum merupakan penyumbang kedua terbesar eksport dan merangkumi 8.4% daripada jumlah keseluruhan eksport. Eksport keluaran petroleum menurun sebanyak 11.3% kepada RM127.33 bilion berbanding tahun 2023. Pasaran eksport utama bagi keluaran petroleum adalah Singapura dengan syer sebanyak 25.0%, Indonesia (17.6%) dan Australia (15.9%). Sementara itu, eksport kimia dan bahan kimia merupakan penyumbang eksport ketiga terbesar kepada eksport dengan 4.9% syer, mencatatkan peningkatan sebanyak 3.0% kepada RM73.61 bilion. Pasaran eksport utama bagi kimia dan bahan kimia adalah RRC dengan syer sebanyak 24.8%, Indonesia (10.6%) dan Thailand (9.1%). Barangan eksport utama bagi keluaran pertanian adalah minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (5.3% syer), getah asli (0.3%) serta minyak sayuran lain (0.2%). Pasaran eksport utama bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit adalah India dengan syer sebanyak 15.7%, diikuti oleh RRC (8.3%) dan Kenya (6.3%). Barangan eksport utama bagi hasil galian adalah LNG (4.1% syer), petroleum mentah (1.7%) serta bijih logam dan serpihan logam (0.6%). Jepun merupakan pasaran eksport LNG yang terbesar bagi Malaysia, mewakili 42.4% syer, disusuli oleh RRC (24.9%) dan Republik Korea (22.9%). Barangan perkilangan lain yang turut menyumbang kepada pertumbuhan eksport adalah: Jentera, Kelengkapan dan Peralatan Barangan Makanan Diproses Barangan Perkilangan Logam Keluaran Getah Barangan Optik dan Saintifik RM69.01 bn 20.5% RM35.37 bn 16.7% RM61.50 bn 9.2% RM26.32 bn 23.4% RM59.17 bn 8.4%

Laporan Tahunan MATRADE 2024 30 Prestasi Perdagangan Sektor Perkhidmatan Prestasi Import Prestasi Sektor Perkhidmatan Pada tahun 2024, jumlah import Malaysia meningkat 13.1% kepada RM1.370 trilion berbanding 2023, mencatatkan nilai tertinggi yang pernah direkodkan setakat ini. Tiga (3) kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang menyumbang 75.4% kepada jumlah import negara adalah seperti berikut: • Barangan perantaraan bernilai RM749.25 bilion atau 54.7% syer daripada jumlah import, naik 20.7% berbanding tahun 2023, berikutan peningkatan import alat ganti dan aksesori bagi barangan modal bukan kelengkapan pengangkutan; • Barangan modal (RM166.10 bilion, 12.1%), berkembang 29.0%, disumbangkan oleh kenaikan import barangan modal bukan kelengkapan pengangkutan; dan • Barangan penggunaan (RM117.41 bilion, 8.6%), meningkat 12.8%, hasil daripada pertambahan import makanan dan minuman diproses khusus untuk penggunaan isi rumah. Jumlah perdagangan bagi perkhidmatan mencatat paras tertinggi dalam sejarah, naik sebanyak 14.6% kepada RM497.40 bilion berbanding tahun 2023. Sementara itu, eksport melonjak 24.6% kepada RM242.86 bilion manakala import meningkat 6.5% kepada RM254.53 bilion, didorong oleh perkhidmatan perjalanan, pengangkutan serta perkhidmatan telekomunikasi, komputer & maklumat. Defisit dagangan menguncup kepada RM11.67 bilion berbanding RM44.00 bilion pada tahun 2023 berikutan pertumbuhan eksport yang lebih pantas berbanding import. Eksport utama adalah perjalanan dengan 39.2%, syer, perkhidmatan perniagaan lain (17.6%), pengangkutan (14.3%), perkhidmatan pembuatan bagi input fizikal dimiliki pihak lain (8.9%) serta telekomunikasi, komputer dan maklumat (8.8%). Kesemua komponen ini telah menyumbang 88.7% kepada jumlah eksport perkhidmatan. China kekal sebagai sumber import terbesar sejak 2011, diikuti oleh Singapura, AS, Taiwan dan Jepun, yang menyumbang 70.2% kepada jumlah import Malaysia. Sementara itu, import dari ASEAN bernilai RM326.41 bilion atau 23.8% syer daripada jumlah import negara manakala import dari EU berjumlah RM103.08 bilion dengan syer sebanyak 7.5%. Lima (5) pasaran eksport utama adalah Singapura dengan syer sebanyak 24.1%, AS (15.4%), RRC (11.9%), Indonesia (6.9%) dan Hong Kong SAR (4.8%). IMPORT RM1.370 tn 13.1% Barangan Pengantaraan Barangan Modal Barangan Pengguna Perjalanan Pengangkutan Perkhidmatan Perniagaan Lain Perkhidmatan Pembuatan Perkhidmatan Telekomunikasi, Komputer dan Maklumat RM749.25 bn 20.7% RM166.10 bn 29.0% RM117.41 bn 12.8% 54.7% 12.1% 8.6% JUMLAH PERDAGANGAN KOMPONEN EKSPORT UTAMA DEFISIT DAGANGAN RM497.40 bn 14.6% RM11.67 bn IMPORT RM254.53 bn 6.5% EKSPORT RM242.86 bn 24.6%

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 31 MATLAMAT 1 Memudahkan Akses Pasaran MATLAMAT 2 Mendigitalisasikan Eksport MATLAMAT 3 Menyediakan Risikan Pasaran MATLAMAT 4 Memperkasa Pelan Eksport Negara MATLAMAT 5 Latihan Pengeksport MATLAMAT 6 Meluaskan Komuniti Pengeksport MATLAMAT 7 Menyediakan Sokongan Khusus MATLAMAT 8 Memperkasa Jenama Malaysia Matlamat Teras MATRADE

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0