Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 34 MATRADE turut menganjurkan sesi padanan perniagaan secara maya, eBizMatch, melalui pejabat perdagangan luar negara MATRADE bertujuan untuk menghubungkan syarikat-syarikat Malaysia dengan pengimport dari negara-negara ASEAN dan Oceania. Inisiatif ini memberi peluang kepada pengeksport tempatan untuk meneroka potensi pasaran baharu melalui pertemuan perniagaan yang disasarkan dan berimpak tinggi. Sebanyak 250 sesi eBizMatch telah berjaya dianjurkan melibatkan 251 syarikat pengimport asing dan 249 syarikat pengeksport Malaysia daripada pelbagai sektor utama seperti elektrik dan elektronik, kimia dan bahan kimia, minyak dan gas, kelengkapan pengangkutan, bahan binaan, makanan dan minuman, jentera, kelengkapan dan peralatan, gaya hidup, farmaseutikal, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kewangan Islam serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Nilai potensi eksport yang berjaya direkodkan mencecah RM1,546,495,440.79, sekali gus mencerminkan keberkesanan platform ini dalam menjana peluang perniagaan rentas sempadan. Perdana Menteri Australia, TYT Anthony Albanese, telah mempengerusikan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dan Mesyuarat Tahunan Pemimpin Australia-Malaysia Ke-2 yang berlangsung di Sydney dari 4 hingga 6 Mac 2024, sempena ulang tahun ke-50 hubungan rasmi ASEAN-Australia. Sidang kemuncak bersejarah ini menghimpunkan para pemimpin ASEAN dan Timor-Leste untuk menilai kemajuan kerjasama strategik yang telah terjalin serta meneroka inisiatif baharu dalam pelbagai bidang penting seperti peralihan tenaga, pembangunan modal insan, integrasi ekonomi, kesalinghubungan serantau dan kerjasama maritim. Sempena sidang kemuncak tersebut, MATRADE telah memainkan peranan penting di dalam mengukuhkan hubungan dagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Australia. Antara inisiatif utama ialah penyelarasan dan penganjuran Mesyuarat Meja Bulat (RTM) YAB Perdana Menteri bersama pengimport dan pelabur Australia serta penyertaan dalam ASEAN-Australia Special Summit Marketplace, sebuah platform pameran yang mengetengahkan potensi kerjasama perdagangan dan pelaburan antara Australia dan negara-negara Asia Tenggara. Seramai 18 pengimport dan pelabur Australia daripada pelbagai sektor termasuk kimia dan bahan kimia, elektrik dan elektronik, minyak sawit, bahan binaan serta makanan dan minuman telah mengambil bahagian dalam sesi RTM tersebut di mana MATRADE telah menyelaras penglibatan tujuh (7) syarikat pengimport Australia yang menunjukkan minat untuk meningkatkan penyumberan produk dari Malaysia. Hasil daripada sesi ini, jumlah nilai potensi eksport yang berjaya dijana dianggarkan sebanyak RM962.1 juta, sekali gus mencerminkan keberkesanan usaha promosi dan diplomasi perdagangan yang dilaksanakan. eBizMatch Business Engagement Programme (BEP) bersempena Lawatan Kerja Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Australia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dan Mesyuarat Tahunan Pemimpin AustraliaMalaysia Ke-2 Maya Melbourne, Australia 4 - 6 Mac 2024 249 Syarikat Malaysia 7 Syarikat pengimport Australia Jumlah jualan eksport RM1.55 bilion Jumlah jualan eksport RM962.1 juta MATRADE Bangkok - eBizMatch Between Berli Jucker Public Company Limited (BJC) and KL Kris Food Industries Sdn Bhd Sesi RTM bersama 18 Ketua Industri Australia MATRADE Melbourne - eBizMatch Between Foam Sealant Pty Ltd and SB Tape Group Sdn Bhd 1 Jan – 31 Dis 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0