Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 35 YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), telah menghadiri Mesyuarat 2nd Annual Ministerial Dialogue (AMD) di Singapura pada 12 hingga 13 Jun 2024 dan diteruskan dengan Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) pada 14 Jun 2024. Keduadua program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan, dan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura, selain meneroka potensi kerjasama strategik dalam pelbagai sektor. MATRADE memainkan peranan penting dalam menyelaras dan mengatur pelbagai aktiviti dalam misi tersebut termasuk semasa Mesyuarat AMD. Antara program utama adalah Majlis PraPelancaran Kempen #ThisisMY ASEAN Online Day Shopping hasil kerjasama antara MATRADE dengan TikTok Shop Singapura, Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MATRADE dan Amazon Global Selling bagi mempromosikan e-Dagang Rentas Sempadan serta Majlis Perasmian Pejabat Perdagangan MATRADE Singapura. Kempen #ThisisMY ASEAN Online Day Shopping bersama TikTok Shop Singapura telah dilancarkan pada 14 Jun 2024 dan memfokuskan kepada produk barangan pengguna cepat bergerak (FMCG) yang telah berlangsung dari Ogos 2024 hingga Februari 2025. Jumlah jualan sebenar mencecah RM1,110,582.40 melibatkan penyertaan sebanyak 15 syarikat Malaysia. Mesyuarat 2nd Annual Ministerial Dialogue (AMD) dan Misi Perdagangan & Pelaburan (TIM) YB Menteri MITI ke Singapura Singapura 12 – 14 Jun 2024 15 Syarikat Malaysia Jumlah jualan eksport RM1.11 juta Majlis Pertukaran MoU Di Antara MATRADE Dengan Amazon Global Selling Mesyuarat 2nd Annual Ministerial Dialogue (AMD) Majlis Pra-Pelancaran Kempen #ThisisMY 8.8 Bersama TikTok Singapura
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0