Laporan Tahunan MATRADE 2024 36 Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan Ke-4 MalaysiaViet Nam (Malaysia-Viet Nam Joint Trade Committee – JTC) telah dilaksanakan dari 8 hingga 11 Julai 2024 di Hanoi, Viet Nam. Misi ini merupakan salah satu inisiatif strategik dalam memperkukuh hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan Viet Nam, serta meningkatkan keterlihatan jenama Malaysia di pasaran berkenaan. MATRADE telah menyelaras TIM di mana dua (2) program penting iaitu RTM bersama 15 Pemain Industri Viet Nam dan pertemuan dua hala (one-to-one meeting) antara YB Menteri MITI dengan tiga (3) syarikat utama Viet Nam yang berpotensi menjalin kerjasama perniagaan dengan Malaysia telah diadakan. Misi Perdagangan & Pelaburan (TIM) sempena Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Perdagangan Keempat Malaysia-Viet Nam (Malaysia-Viet Nam Joint Trade Committee – JTC) Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Thailand Ho Chi Minh City, Viet Nam Bangkok, Thailand 8 – 11 Jul 2024 15 - 16 Ogos 2024 Jumlah jualan eksport RM3.3 bilion Jumlah jualan eksport RM8.3 bilion Sesi libat urus ini telah berjaya menghasilkan nilai eksport berjumlah RM3.31 bilion, dengan sektor-sektor yang terlibat termasuk besi dan keluli, minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit serta makanan dan minuman. Secara keseluruhannya, ia mencerminkan kekuatan sektor eksport Malaysia dalam memenuhi permintaan pasaran Viet Nam sekaligus menyerlahkan potensi besar bagi perluasan kerjasama dagang dua hala. MATRADE telah berjaya menyelaras TIM ke Thailand yang berlangsung dari 15 hingga 16 Ogos 2024, diketuai oleh YB Menteri MITI. Misi ini turut disertai oleh wakil-wakil dari MATRADE dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai usaha bersepadu untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dengan Thailand. MATRADE telah menganjurkan RTM bersama 12 syarikat utama Thailand dan menyelaras pertemuan dua hala (one-to-one meeting) dengan tiga (3) syarikat Thailand bagi menggalakkan pengembangan perdagangan dua hala. Syarikat-syarikat ini mewakili pelbagai industri bernilai tinggi termasuk minyak dan gas, elektrik dan elektronik, alat ganti dan komponen automotif, kimia dan bahan kimia serta barangan pengguna cepat bergerak (FMCG). Nilai potensi eksport yang berjaya dijana hasil misi ini dianggarkan sebanyak RM8.33 bilion, sekali gus menyumbang secara signifikan kepada sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM135 bilion menjelang 2027 seperti yang dipersetujui oleh Malaysia dan Thailand di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) pada 4 Julai 2024. Antara produk Malaysia yang dikenal pasti berpotensi tinggi untuk dieksport ke pasaran Thailand termasuk gas asli cecair (LNG), petroleum mentah, pelarut kimia, bitumen, alat ganti automotif, baja, resin polimer serta komponen elektronik. 3 Syarikat pengimport Viet Nam 3 Syarikat pengimport Thailand Pertemuan one-to-one YB Menteri MITI bersama syarikat Viet Nam Sesi pertemuan dua hala (one-to-one meeting) bersama Inter Codia C., Ltd. (Thailand)
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0