Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 37 Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC) Sepanjang tahun 2024, pelbagai inisiatif program promosi eksport telah dilaksanakan bagi menyokong usaha pengeksport Malaysia menembusi pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran RRC dan Asia Timur. Usaha ini sejajar dengan mandat MATRADE untuk memperkukuh produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran serantau yang strategik dan berpotensi tinggi. RRC merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, sejak tahun 2009. Pada tahun 2023, perdagangan dengan RRC mencatatkan RM450.84 bilion yang menyumbang 17.1% kepada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia. Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan RRC pada tahun 2024, lebih 60 program dan aktiviti telah dirancang di bawah tonggak ekonomi, yang diterajui oleh MITI. MATRADE telah dilantik oleh MITI sebagai agensi pelaksana program sambutan ulangtahun ke-50 dan program yang telah diselaras adalah: • Misi Akselerasi Eksport (EAM) Bersempena Dengan China Food & Drinks Fair (CFDF) Edisi Ke-110 • Astaka Malaysia di China-ASEAN Expo (CAEXPO) Edisi ke-21 • Astaka Malaysia di China International Import Expo (CIIE) Edisi Ke-7 • Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Shanghai dan Beijing • Astaka Malaysia di China International SME Fair (CISMEF) Edisi ke–19 • Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (Malaysia-China Summit 2024 - MCS 2024) PASARAN REPUBLIK RAKYAT CHINA (RRC) DAN ASIA TIMUR MATRADE telah berjaya menganjurkan EAM yang pertama sempena CFDF di Chengdu, Wilayah Sichuan dari 19 hingga 22 Mac 2024. Misi ini melibatkan penyertaan 15 syarikat pengeluar produk makanan dan minuman Malaysia bagi meningkatkan keterlihatan dan keupayaan negara di RRC, khususnya di Wilayah Barat yang berpotensi tinggi. Sebanyak 244 sesi padanan perniagaan telah berjaya diselaras, memberi akses terus kepada syarikat Malaysia untuk berurusan dengan pembeli RRC. Misi Akselerasi Eksport (EAM) bersempena dengan China Food & Drinks Fair (CFDF) 2024 Edisi ke-110 Wilayah Sichuan, Republik Rakyat China (RRC) 19 – 22 Mac 2024 244 sesi padanan perniagaan 15 Syarikat Malaysia Syarikat-syarikat Malaysia yang telah menyertai Astaka Malaysia di CFDF Edisi Ke-110 di Chengdu, Wilayah Sichuan Selain itu, misi ini turut merangkumi kajian pasaran melalui lawatan ke rangkaian runcit tempatan dan penyertaan dalam pameran di Zon Makanan dan Minuman Antarabangsa sempena CFDF, yang memberikan pemahaman penting tentang rangkaian perniagaan, peraturan, ciri pasaran serta budaya perniagaan di RRC. Pendedahan ini membantu syarikat Malaysia menilai kedudukan pesaing dan menambah baik strategi eksport melalui aspek harga, promosi, pembungkusan, variasi produk dan saluran pengedaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0