Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 38 MATRADE telah menyelaras penyertaan Malaysia di CAEXPO sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2004, menjana lebih RM6 bilion jualan serta membantu lebih 2,000 syarikat tempatan, sekali gus merangsang eksport dan mengukuhkan peranan Astaka Malaysia di pasaran China dan ASEAN. Pada 2024, Malaysia sekali lagi dipilih sebagai Negara Kehormat sempena Ulang Tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan RRC, dengan delegasi negara diketuai oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, yang turut mempengerusikan sesi pemimpin ASEAN. Pada edisi ke-21 ini, MATRADE telah menyelaras penyertaan 150 pempamer Malaysia, termasuk 14 kementerian/ agensi kerajaan dan empat (4) persatuan perdagangan, menjadikannya terbesar Malaysia di CAEXPO selepas wabak COVID-19. Antara kementerian/ agensi yang telah menyertai CAEXPO Edisi ke21 bersama MATRADE adalah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK Selangor), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR Sabah), Usahawan Negeri Perak (STep), Credit Guarantee Corporation (CGC), Federation of Malaysian Freight Forwarders (FMFF) dan Persatuan Pengeluar Durian (DMA). YAB Perdana Menteri Malaysia, melalui ucaptama dirakam sempena Perasmian CAEXPO ke-21, menyatakan keyakinan bahawa CAEXPO akan terus memacu perniagaan, memperkukuh perdagangan dan menjadi hab kerjasama inovatif antara RRC dan ASEAN. Majlis Perasmian Astaka Malaysia kemudian dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook. Astaka Malaysia di China-ASEAN Expo (CAEXPO) Edisi ke-21 Nanning, Republik Rakyat China (RRC) 24 – 28 Sept 2024 MATRADE meraih beberapa anugerah utama termasuk Best National Pavilion, Best Promotion on Investment Cooperation, Best Trade. Selain itu, tiga (3) pempamer Astaka Malaysia turut menerima anugerah iaitu DSR Daily Fresh Sdn Bhd - Anugerah Emas bagi gelato durian, B-Crobes (M) Sdn Bhd - Anugerah Perak bagi produk probiotik untuk penjagaan kesihatan dan Persatuan Pengeluar Durian (DMA) - Anugerah Populariti bagi durian sejuk beku. Turut membanggakan, dua (2) wakil syarikat pempamer Malaysia, Dr. Nurhidayah Roslan dan Puan Norsiah Ahiddin, dipilih menyertai China-ASEAN Young Leaders’ Growth Programme. Majlis perasmian Astaka Malaysia di CAEXPO Edisi ke-21 YB Menteri Pengangkutan Malaysia mengadakan sesi lawatan ke setiap reruai pempamer Malaysia di Astaka Malaysia Sesi penstriman langsung oleh pempengaruh dari Republik Rakyat China untuk mempromosikan produk-produk dari syarikat pempamer Malaysia Sesi pemilihan produk Malaysia oleh pengimport-pengimport dan pembelipembeli dari Republik Rakyat China 150 pempamer Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0