Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 40 MATRADE telah berjaya menyelaras penyertaan Malaysia dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa (ITF) di CIIE edisi ke-7 yang berlangsung dari 5 hingga 10 November 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan (NECC), Shanghai, China. Ini merupakan penyertaan Malaysia yang kali ke-5 sebagai Astaka Malaysia di pameran ini. Bagi edisi ke-7, Malaysia sekali lagi diberi penghormatan sebagai salah sebuah Negara Tetamu Kehormat (Country of Honour), bersama lima negara lain. Majlis Perasmian Astaka Malaysia telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 5 November 2024, bersempena lawatan kerja ke RRC pada 4 hingga 7 November 2024. Astaka Malaysia di CIIE ini telah menampilkan tiga (3) rakan strategik utama, iaitu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Bank of China (Malaysia) Berhad dan Seri Pajam Development Sdn Bhd, bersama 16 buah syarikat tempatan daripada pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi. Penyertaan ini memberi gambaran menyeluruh terhadap keupayaan industri Malaysia dalam menembusi pasaran global melalui penawaran produk dan perkhidmatan yang kompetitif serta inovatif. Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Shanghai sempena China International Import Expo (CIIE) Edisi ke-7 dan Beijing, Republik Rakyat China (RRC) Shanghai dan Beijing, Republik Rakyat China (RRC) 4 – 7 Nov 2024 Sektor yang diketengahkan merangkumi E&E, pertanian, gaya hidup, penjagaan kesihatan serta perkhidmatan profesional seperti ICT, menonjolkan kekuatan industri negara dan membuka peluang kerjasama strategik dengan rakan dagang antarabangsa, khususnya di pasaran RRC. Sepanjang pameran, sebanyak 108 sesi padanan perniagaan telah diselaraskan bagi pempamer Malaysia dan Astaka Malaysia telah menerima 1,484 pertanyaan perdagangan melibatkan produk serta perkhidmatan seperti komponen E&E, produk sarang burung dan minyak masak. Pelbagai inisiatif promosi telah dilaksanakan, termasuk kempen digital, siaran langsung bersama pempengaruh, temu duga media serta pertukaran MoU antara pempamer Malaysia dan syarikat di RRC, bagi memperkukuh penjenamaan dan meningkatkan keterlihatan Malaysia di pasaran tersebut. Secara keseluruhannya, penyertaan Malaysia dalam ITF CIIE edisi ke-7 ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu memperkukuh penjenamaan negara, memperluas pasaran eksport serta menjalin hubungan strategik dengan rakan dagang antarabangsa, khususnya dari RRC. Penyertaan berterusan dalam ekspo ini selaras dengan mandat MATRADE untuk memperkasakan sektor eksport dan meningkatkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia di pasaran global. Selain itu, MATRADE turut terlibat meyelaras sesi RTM yang dihadiri oleh tokoh industri RRC daripada 24 syarikat bersama MITI dan MIDA, sebagai sebahagian program dalam lawatan kerja YAB Perdana Menteri Malaysia di RRC. Sesi RTM diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama strategik, perkongsian teknologi dan pembangunan industri, sekali gus membuka perbincangan konstruktif antara kerajaan dan pemain industri untuk mengenal pasti keperluan, cabaran dan potensi sektor berkaitan. MATRADE turut mengaturkan pertemuan dua hala (one-toone meeting) di antara YAB Perdana Menteri Malaysia dengan syarikat-syarikat dari RRC yang telah memberi komitmen untuk mengimport produk buatan Malaysia atau melabur di Malaysia. YAB Perdana Menteri Malaysia bersama Premier Li Qiang semasa sesi lawatan di Astaka Malaysia Sesi padanan perniagaan bagi syarikat-syarikat Malaysia yang berlangsung di ITF CIIE, dengan kerjasama Bank of China (Malaysia) Berhad Majlis Perasmian Astaka Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia 108 sesi padanan perniagaan 16 Syarikat Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0