Laporan Tahunan MATRADE 2024 42 MATRADE telah menyelaras Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Seoul, ROK dari 24 hingga 26 November 2024 bagi memperkukuh hubungan perdagangan serta meneroka peluang baharu dalam kerjasama strategik antara kedua-dua negara. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah Forum Perniagaan serta mesyuarat bersama pemain industri utama ROK iaitu POSCO Group dan Lotte International Co., Ltd. Antara perkara yang dibincangkan termasuk komitmen untuk meningkatkan import minyak sawit, Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Republik Korea (ROK) Seoul, Republik Korea (ROK) 24 – 26 Nov 2024 Palm Kernel Expeller (PKE), biominyak, makanan laut, serta sarung tangan getah untuk sektor francais. Hasil perbincangan ini membuka potensi peningkatan eksport Malaysia dalam sektor-sektor berkenaan, yang dijangka akan menyumbang secara positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Selaras dengan lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, MATRADE telah menganjurkan EAM dengan penyertaan sembilan (9) buah syarikat Malaysia dan satu (1) persatuan perdagangan. Misi ini telah membuka potensi eksport baharu melalui sesi padanan perniagaan bersama pembeli dari ROK serta lawatan ke ASEAN-Korea Centre (AKC) dan Korea Development Institute (KDI). EAM ini juga menyaksikan pemeteraian MoU di antara MATRADE dan Korea Importers Association (KOIMA) yang akan melibatkan kerjasama dalam menghubungkan komuniti perniagaan Malaysia dan ROK, perkongsian maklumat perdagangan serta program promosi perdagangan di antara kedua-dua buah negara. Misi ini turut menyokong usaha memperkukuh kerjasama perdagangan dua hala, khususnya dalam konteks rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang sedang dimuktamadkan antara Malaysia dan ROK. YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai panelis semasa Forum Perniagaan Malaysia – ROK dan YB Menteri MITI sebagai moderator Mesyuarat YAB Perdana Menteri Malaysia bersama syarikat konglomerat ROK Sesi Padanan Perniagaan bagi syarikat yang terlibat semasa EAM yang diadakan sempena Lawatan Kerja ini MoU di antara MATRADE dan KOIMA
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0