Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 43 PASARAN ASIA TENGAH, BARAT, SELATAN & AFRIKA Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan eksport Malaysia ke benua Afrika dengan mengenal pasti pasaran berpotensi tinggi serta mempunyai permintaan kukuh bagi produk dan perkhidmatan Malaysia. Inisiatif ini selaras dengan strategi negara untuk mempelbagaikan pasaran eksport dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di pasaran bukan tradisional. Bagi memperkukuhkan eksport Malaysia di Afrika Utara, MATRADE dengan kerjasama Pejabat MATRADE Kaherah telah melaksanakan program perniagaan sempena TIM ke Mesir dari 9 hingga 12 November 2024. Misi ini diketuai oleh YB Menteri MITI, manakala delegasi MATRADE diketuai oleh Encik Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akselerasi Eksport). Sebanyak 20 syarikat Malaysia, merangkumi syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan swasta telah menyertai misi ini. Penyertaan meliputi pelbagai sektor utama termasuk automotif, utiliti & infrastruktur, tenaga, perkhidmatan pembinaan, kimia & oleo kimia, logistik, penjagaan diri dan produk berasaskan minyak sawit. Misi ini telah berjaya menjana jumlah potensi jualan eksport sebanyak RM4.8 bilion melalui RTM bersama pemain industri utama, pengimport serta pembeli terkemuka Mesir. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MATRADE dalam memperluas akses pasaran dan meningkatkan daya saing eksport Malaysia di rantau Afrika. Seksyen Asia Tengah, Barat, Selatan & Afrika bertanggungjawab dalam mempromosi eksport Malaysia ke rantau-rantau yang dikenalpasti sebagai berpotensi dalam strategi pempelbagaian pasaran eksport MATRADE. Dengan kerjasama MATRADE Kaherah, seksyen ini telah menganjurkan EAM ke Mesir dan Libya dari 10 hingga 18 Mei 2024, yang diketuai oleh YB Pengerusi MATRADE. Sebanyak sembilan (9) syarikat Malaysia dari sektor minyak & gas, produk berasaskan minyak sawit, elektrik dan elektronik (E&E), barangan pengguna cepat bergerak (FMCG), peralatan perubatan dan sektor jentera telah menyertai misi ini yang diadakan di dua bandar utama iaitu Kaherah, Mesir dan Tripoli, Libya. Sebanyak 186 sesi padanan perniagaan telah diaturkan antara syarikat Malaysia dan pembeli dari Mesir dan Libya di kedua-dua bandar ini yang telah menjana jumlah jualan sebanyak RM1.23 bilion. Selain daripada program padanan perniagaan, sesi jalinan perniagaan antara syarikat Malaysia dengan pembeli dari Mesir dan Libya, termasuk wakil-wakil daripada dewan perniagaan dan persatuan industri di Mesir dan Libya turut diadakan bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia. Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Mesir Misi Akselerasi Eksport (EAM) ke Mesir dan Libya Kaherah, Mesir Mesir dan Libya 9 – 12 Nov 2024 10 – 18 Mei 2024 20 Syarikat Malaysia 9 Syarikat Malaysia Jumplah jualan eksport RM4.8 bilion Jumplah jualan eksport RM1.23 bilion
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0