Laporan Tahunan MATRADE 2024 44 Misi ini telah berjaya menjana potensi eksport bernilai RM500 juta serta potensi pelaburan berjumlah RM2.835 bilion. Ia bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia dan Itali melalui promosi industri bernilai tinggi, pengukuhan rantaian industri, dan mempertingkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan maju serta perdagangan lestari di Eropah. MATRADE telah mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan syarikat terkemuka Itali di dalam sektor strategik seperti automotif, aeroangkasa, semikonduktor, jentera, biominyak, dan pemprosesan makanan. Perbincangan ini meningkatkan keyakinan Itali terhadap Malaysia sebagai rakan dagang jangka panjang dan destinasi pelaburan, melalui pemindahan ilmu, kolaborasi teknologi, dan penciptaan peluang pekerjaan bernilai tinggi. Misi Perdagangan Dan Pelaburan (TIM) ke Milan dan Turin Milan dan Turin, Itali 12 – 16 Jan 2024 Seksyen Eropah dan Amerika bersama Pejabat MATRADE di Amerika dan Eropah, telah melaksanakan INSP sepanjang 2024 secara fizikal dan maya bagi mempromosikan eksport Malaysia ke pasaran baharu dan sedia ada.INSP Amerika melibatkan kerjasama pejabat MATRADE di Los Angeles, Mexico City, Miami, New York, Santiago dan São Paulo. Program ini berjaya menghubungkan 18 syarikat Malaysia dengan sembilan (9) pembeli antarabangsa dalam sektor E&E, makanan & minuman, perabot, produk minyak sawit dan pembungkusan plastik, sekali gus menjana potensi jualan eksport sebanyak RM55.11 juta. INSP Eropah dilaksanakan dengan pejabat MATRADE Frankfurt, London, Istanbul, Milan, Moscow, Rotterdam dan Warsaw. Ia berjaya mempertemukan 24 syarikat Malaysia dengan sembilan (9) pengimport Eropah, menghasilkan RM111.15 juta potensi jualan eksport, meliputi sektor E&E, koko, makanan & minuman serta penjagaan peribadi. Secara keseluruhan, program INSP Amerika dan Eropah berjaya membuka peluang pasaran baharu dan memperkukuh eksport barangan serta perkhidmatan Malaysia di peringkat global. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Amerika dan Eropah Kuala Lumpur, Malaysia 1 Jan – 31 Dis 2024 18 Syarikat Malaysia Jumplah jualan eksport RM55.11 juta Jumplah jualan eksport RM2.835 bilion MITI, bersama MATRADE, MIDA, dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) telah menyelaras TIM sempena Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke Jerman. Ianya bertujuan memperkukuh perdagangan Malaysia, meneroka peluang eksport baharu, dan menonjolkan Malaysia sebagai rakan dagang strategik di Eropah. Sebanyak 18 sesi libat urus termasuk RTM, pertemuan perniagaan, lawatan fasiliti, dan pelancaran pejabat MATRADE Paris telah diadakan. Misi ini berjaya menjana potensi eksport RM2.4 bilion dan potensi pelaburan RM46.4 bilion, sekali gus menunjukkan keyakinan tinggi industri Eropah terhadap ekosistem perdagangan dan pelaburan Malaysia. Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Jerman dan Perancis Jerman dan Perancis 9 – 20 Mac 2024 Jumplah jualan eksport RM1.4 bilion Jumplah jualan eksport RM1.01 bilion Di Perancis, potensi eksport sebanyak RM1 bilion dan pelaburan baharu RM1.01 bilion telah dicatatkan. Fokus utama termasuk pembuatan aeroangkasa, latihan penerbangan, teknologi semikonduktor serta Technical and Vocational Education and Training (TVET), sekali gus memperkukuh Malaysia sebagai rakan strategik dalam sektor berteknologi tinggi. Di Jerman, potensi eksport RM1.4 bilion dan potensi pelaburan RM45.4 bilion telah dijana, dengan fokus ke atas sektor strategik seperti semikonduktor, aeroangkasa, automotif dan peranti perubatan. Pelaburan baharu dalam pembuatan cip, aeroangkasa dan teknologi perubatan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan rakan ekonomi utama. PASARAN EROPAH & AMERIKA Itali turut menunjukkan minat terhadap sektor berasaskan makanan dan tenaga bio seperti bahan mentah lestari dan biorefinery feedstocks, termasuk komponen bagi Sustainable Aviation Fuel (SAF). Lawatan industri ke fasiliti aeroangkasa terkemuka di Itali pula dilihat mampu membuka peluang kerjasama dalam penyelenggaraan, pembaikan, dan operasi serantau, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh industri aeroangkasa nasional.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0